"Ukraine menjangka beberapa kerosakan ekonomi akibat keputusan itu," kata Presiden Petro Poroshenko.
"Ukraine menyedari sekatan-sekatan ini dan kerosakan yang dijangkakan kepada ekonomi Ukraine. Tetapi kami bersedia membayar harga ini untuk kebebasan kami dan pilihan Eropah kami." katanya.
Keputusan itu akan membatalkan perjanjian Rusia dengan Ukraine sejak tahun 2011. Encik Putin menyebut "keadaan luar biasa yang mempengaruhi kepentingan dan keselamatan ekonomi" Rusia.
"Langkah-langkah ini bertujuan untuk melindungi kepentingan ekonomi Rusia," kata jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov kepada wartawan, memetik kekurangan perlindungan untuk pasaran Rusia apabila perjanjian perdagangan bebas Kiev dengan EU berkuatkuasa.
Moscow telah berkali-kali menyatakan kebimbangan bahawa perjanjian perdagangan bebas Ukraine dengan Brussels boleh membanjiri pasarannya dengan barangan Eropah.
Poroshenko berkata keputusan Putin untuk menggantung perjanjian mereka adalah malang.
"Tetapi kami bersedia membayar harga ini untuk kebebasan kami dan pilihan Eropah kami," katanya kepada pemberita di Brussels, diapit presiden EU Donald Tusk dan ketua Suruhanjaya Eropah, Jean-Claude Juncker.