logo

FX.co ★ 10 ahli politik beralih kepada bank-bank

10 ahli politik beralih kepada bank-bank

Dalam artikel ini anda akan membaca mengenai pembuat dasar yang beralih ke sektor perbankan.

10 ahli politik beralih kepada bank-bank

Kadang-kadang walaupun pegawai tinggi, tidak mengatakan apa-apa menegenai orang biasa, tidak berpuas hati dengan kerjaya mereka dan mahu mengubahnya. Kadang-kadang pembuat dasar tidak merancang untuk mengubah sesuatu dalam kehidupan mereka tetapi keadaan memaksa mereka untuk mengambil langkah drastik dalam kehidupan mereka.

Salah seorang daripada mereka ialah Dominique Strauss-Kahn. Dari tahun 2007 hingga 2011, beliau menjadi ketua Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Pada masa kini, pembuat polisi adalah Pengarah Urusan agensi perundingan Parnasse. Berikutan pelantikannya pada tahun 2013, beliau juga merupakan ahli lembaga penyeliaan Bank Pembangunan Wilayah Rusia, yang dimiliki oleh syarikat minyak negara Rusia, Rosneft.

10 ahli politik beralih kepada bank-bank

Ahli politik lain yang mengalihkan aktiviti awam ke sektor kewangan ialah Tony Blair, bekas Perdana Menteri United Kingdom. Dia mengambil jawatan ini dari tahun 1997 hingga 2007. Pada masa ini bekas ahli politik itu berunding dengan JPMorgan.

10 ahli politik beralih kepada bank-bank

Tony Blair digantikan oleh James Gordon Brown, yang merupakan Perdana Menteri United Kingdom sehingga 2010. Kini Mr. Brown adalah ahli Lembaga Penasihat Global PIMCO; PIMCO adalah firma pengurusan pelaburan global terkemuka.

10 ahli politik beralih kepada bank-bank

Secara umumnya berlaku lebih banyak kepada pembuat dasar British yang meninggalkan pejabat membuat peralihan kepada bidang kewangan. Sir John Major seorang ahli politik British, yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri United Kingdom pada 1990-1997, tidak terkecuali. Pada masa ini Encik Major berunding dengan Credit Suisse.

10 ahli politik beralih kepada bank-bank

Satu lagi pembuat dasar, Jose Manuel Barroso, yang dari 2004 hingga 2014 memegang kawatan Pengerusi Presiden Suruhanjaya Eropah, beralih kepada sektor perbankan. Sekarang dia adalah pengerusi bukan eksekutif semasa di Goldman Sachs International.

10 ahli politik beralih kepada bank-bank

Ahli ekonomi Amerika Ben Bernanke adalah Pengerusi Rizab Persekutuan bank pusat Amerika Syarikat dari 2006 hingga 2014. Pada tahun 2015, Bernanke telah diupah oleh dana lindung nilai Citadel LLC sebagai penasihat. Pada masa yang sama PIMCO mengupah Bernanke sebagai penasihat kanan.

10 ahli politik beralih kepada bank-bank

Beberapa perubahan berlaku dalam kehidupan profesional Philipp Hildebrand. Beliau adalah ketua bank pusat Switzerland, Bank Negara Swiss (SNB) dari tahun 2010 sehingga beliau meletak jawatan pada 9 Januari 2012 selepas kontroversi mengelilingi perdagangan mata wang isterinya. Beliau kini berkhidmat sebagai naib pengerusi BlackRock Inc., syarikat pengurusan pelaburan global Amerika.

10 ahli politik beralih kepada bank-bank

Axel Weber adalah presiden Deutsche Bundesbank dan ahli Majlis Penasihat Bank Pusat Eropah dari tahun 2004 hingga 2011. Sekarang dia adalah ahli lembaga dan pengerusi Lembaga Pengarah UBS.

10 ahli politik beralih kepada bank-bank

Mervyn King berkhidmat sebagai Gabenor Bank of England dari tahun 2003 hingga 2013. Pada tahun 2016, beliau menyertai Citigroup Inc. sebagai penasihat senior.

10 ahli politik beralih kepada bank-bank

Timothy Geithner adalah Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat dari tahun 2009 hingga 2013. Dia kini menjadi presiden Warburg Pincus, firma ekuiti swasta.

Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan