logo

FX.co ★ Negara-negara paling tidak bahagia di dunia

Negara-negara paling tidak bahagia di dunia

Profesor Steve Hanke dari Universiti John Hopkins di Amerika Serikat telah menyusun kedudukan tahunan mengenai ekonomi paling lemah di dunia berdasarkan indeks kesengsaraan yang dinyatakan dalam misery index. Beliau menggabungkan inflasi, pengangguran, dan kadar faedah semasa untuk menentukan tahap kemiskinan di sebuahnegara. Mari kita lihat 5 negara paling tidak bahagia di dunia.

Negara-negara paling tidak bahagia di dunia

Kedudukan pertama – Zimbabwe

Zimbabwe telah dilanda hiperinflasi sejak masa Robert Mugabe, yang berkuasa pada awal 1980-an. Sejak saat itu, negara di Afrika Selatan ini telah mengalami dua kali hiperinflasi. Tahun lalu, inflasi tahunan di Zimbabwe mencapai 243.8% dengan kadar faedah brada pada 131.8%. Disebabkan keadaan ekonomi yang sangat buruk ini, Zimbabwe mendahulu senarai negara paling miskin di dunia tahun lalu. Indeks kesengsaraannya melebihi 400 mata .

Negara-negara paling tidak bahagia di dunia

Kedudukan kedua – Venezuela

Mac 2023 adalah ulang tahun ke sepuluh tahun Presiden Nicolas Maduro berkuasa di Venezuela. Pemerintahannya menyaksikan Venezuela mengalami dua tempoh hiperinflasi, dengan harga meningkat sebanyak 267% hanya pada tahun 2022. Pada masa yang sama, kadar pengangguran di negara tersebut mencapai 33.5%. Venezuela mengalami krisis ekonomi yang terusk, dan indeks kesengsaraannya dianggarkan mencapai 330 mata. Akibatnya,ramai penduduk telah berhijrah mencari kehidupan yang lebih baik. Sejak tahun 2015, lebih dari 7 juta orang telah meninggalkan Venezuela.

Negara-negara paling tidak bahagia di dunia

Kedudukan ketiga – Syria

Syria adalah negara ketiga yang paling tidak bahagia di dunia. Lebih dari 12 tahun perang saudara telah merosakkan ekonomi dan taraf kehidupan negara ini. Inflasi di Syria mencapai 95% pada tahun 2022, dan kadar pengangguran berada pada 57%. Karena faktor-faktor ini, indeks kesengsaraan negara ini dianggarkan mencapai 225 mata.

Negara-negara paling tidak bahagia di dunia

Kedudukan keempat – Lebanon

Pernah dikenali sebagai sebagai Switzerland Timur, Lebanon sekarang dalam situasi yang sukar, bergelut dengan krisis ekonomi terburuk dalam tempoh 170 tahun terakhir. Dengan inflasi melonjak sebanyak 162% pada tahun 2022 dan kadar pengangguran lebih dari 12%, negara Timur Tengah ini telah jatuh ke tahap negara yang paling kurang berkembang di dunia. Akibatnya, indeks kesengsaraannya mencapai 190 mata.

Negara-negara paling tidak bahagia di dunia

Kedudukan ke-5 – Sudan

Ekonomi negara Afrika ini telah dilemahkan secara serius akibat konflik bersenjata selama bertahun-tahun. Inflasi kekal sangat tinggi meskipun terdapat tanda-tanda tekanan inflasi yang mulai mereda. Indeks harga konsumen Sudan melonjak lebih dari 60% pada tahun 2022, dan kadar faedahnya melebihi 27%, menjadikan negara ini dalam senarai negara-negara paling tidak bahagia di dunia. Indeks kesengsaraan Sudan dianggarkan mencapai 176 mata.



Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan