logo

FX.co ★ UK menyertai perlumbaan global untuk melancarkan mata wang digital bank pusat

UK menyertai perlumbaan global untuk melancarkan mata wang digital bank pusat

UK menyertai perlumbaan global untuk melancarkan mata wang digital bank pusat

Pengatur kewangan Britain akhirnya memutuskan kedudukannya mengenai versi digital mata wang negara. Memandangkan Perbendaharaan UK dan Bank of England telah mengambil langkah mendekati pound digital, idea inovatif kemungkinan akan dilaksanakan. Walaupun pihak berkuasa masih ragu-ragu mengenai keperluannya.

UK hampir tidak akan menghentikan proses pendigitalan susulan daripada kerajaannya selalu berusaha untuk bergerak seiring dengan zaman. Oleh demikian, pihak berkuasa negara itu mengumumkan pasukan petugas tahap tertinggi untuk meneroka faedah dan risiko idea tersebut. Walau bagaimanapun, laluan ini tidak akan mudah. Britain perlu mengejar beberapa saingan. China telah membuat kemajuan yang besar dalam mencipta yuan digital mereka sendiri. Sweden, Perancis, dan Rusia juga bergerak maju dalam hal ini. Beberapa pakar percaya bahawa UK telah lama berusaha mencari kaedah untuk memperkenalkan mata wang digital. Selain itu, dari perspektif teknologi, negara ini mempunyai banyak alat yang diperlukan untuk melaksanakan projek ini. Dalam kes ini, Britain mempunyai setiap peluang untuk mengatasi pesaing.

"Kami melancarkan pasukan petugas baru antara Perbendaharaan dan Bank of England untuk menyelaraskan kerja penerokaan mengenai mata wang digital bank pusat yang berpotensi," kata menteri kewangan Britain, Rishi Sunak. "Kerajaan dan Bank of England belum membuat keputusan tentang apakah mereka akan memperkenalkan CBDC di UK, dan akan terlibat secara meluas dengan pihak berkepentingan mengenai manfaat, risiko dan amalan perlaksanaan untuk melakukannya," tambahnya.

Beijing membalas kenyataan London dengan mengumumkan pemberian yuan digital bernilai AS$ 1.5 juta kepada warganegara China. Di bawah eksperimen ini, para pesertanya harus meninggalkan wang tradisional buat sementara waktu dan mula menggunakan mata wang maya. Lima puluh ribu orang akan menerima 200 yuan (AS$ 31) setiap orang sebagai sebahagian daripada ujian yuan digital.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan

Ulasan: