logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/JPY Untuk 23 Februari , 2017

Analisis Teknikal USD/JPY Untuk 23 Februari , 2017

Analisis Teknikal USD/JPY Untuk 23 Februari , 2017

Pasangan mata wang USD/JPY diramal akan diniagakan dalam julat yang lebih rendah. Pasangan mata wang tersebut kekal di bawah tekanan, di bawah tahap rintangan utama pada 113.45, dan dijangka menjadi tidak menentu pada sesi akan datang. Arah aliran urusniaga harian kekal bercampur-campur bagi pergerakan penurunan harga, kerana penurunan moving average 50 mengekalkan tekanan harga jual yang kuat. Sementara itu, indeks kekuatan relatif adalah di sekitar kawasan neutral pada 50 dan tidak mempunyai momentum menaik.

Kesimpulannya, selagi tahap 113.45 tidak ditembusi, mencari tahap ujian di tahap rendah pada 112.70 adalah berkemungkinan.

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 112.70. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 112.15. Titik pangsi kekal berada pada tahap 113.45. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 113.75 dan sasaran kedua pada tahap 114.00.

Tahap Rintangan: 113.75, 114.00, and 114.35

Tahap Sokongan: 112.70, 112.15, and 111.60

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan