logo

FX.co ★ Analisis Makro Global untuk 27/07/2016

Analisis Makro Global untuk 27/07/2016

Analisis Makro Global untuk 27/07/2016:

Keputusan kadar faedah Rizab Persekutuan adalah merupakan acara utama pada hari ini, ia dijadualkan akan dikeluarkan pada jam 18:00 GMT. Peserta pasaran tidak menjangkakan sebarang perubahan dalam kadar faedah, oleh itu ia harus kekal pada tahap 0.50%. CME Group FedWatch menjangkakan kebarangkalian kenaikan kadar 0.75% adalah pada tahap 2.4% sahaja (sewaktu analisis ini ditulis), oleh yang demikian, adalah diramalkan bahawa tidak terdapat sebarang perubahan juga di sini. Walau bagaimanapun, mesyuarat FOMC minggu ini sedang menghadapi peningkatan kepentingan disebabkan bacaan yang menaik dalam data ekonomi AS sejak pengumuman Non-Farm Payroll bagi bulan Jun. Ekoran bacaan NFP yang meningkat, Fed mempunyai beberapa ruang untuk menjadi lebih agresif dan mungkin isyarat lain untuk kenaikan kadar yang seterusnya pada tahun ini.

Sekarang mari kita lihat pada gambaran teknikal Indeks Dolar AS berdasarkan kepada carta harian. Aliran menaik dilihat telah berjaya menjejaki semula 61% daripada ayunan menurun sebelumnya, dan kini pasaran berada pada tahap utama. Mana-mana penembusan harga di atas tahap 97.57 akan membuka jalan ke arah sasaran seterusnya pada tahap 98.59. Sila ambil perhatian bahawa senario ini disokong oleh fakta sebagaimana harga kini sedang berdagang di atas DMA-55, 100, dan 200.

Analisis Makro Global untuk 27/07/2016

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan