EUR/USD: Pada pasangan mata wang EUR/USD, garis sokongan didapati terletak pada tahap 1.1200, termasuk garis sokongan seterusnya pada tahap 1.1150, berkemungkinan akan ditembusi pada minggu ini. Walau bagaimanapun, mata wang EUR ini berkemungkinan akan melonjak lebih tinggi - peristiwa yang boleh menjejaskan lonjakan harga seterusnya di pasaran.
USD/CHF: Pasangan mata wang USD/CHF ini masih didagangkan dalam aliran menaik, walaupun harga dengan mudah berdagang dalam aliran menurun pada Isnin. Sasaran seterusnya adalah pada tahap rintangan 1.0000, yang menandakan kawasan pariti bagi mata wang USD berbanding CHF. Walau bagaimanapun, terdapat cabaran kenaikkan harga yang diramalkan akan berlaku pada minggu ini, dan ia adalah kenaikkan yang dijangka pada mata wang CHF, yang akan menyukarkan aliran menaik untuk menolak harga berdagang jauh lebih tinggi.
GBP/USD: Pasangan mata wang ini tidak membuat sebarang pergerakan yang ketara pada 23 Mei 2016, dan pasaran kekal berdagang di wilayah neutral. Terdapat tahap kekaburan tertentu yang menyelubungi pasangan mata wang ini sekarang. Kesinambungan penurunan harga sebanyak 150 pip akan menyatakan isyarat menurun. Pergerakan menaik sebanyak 150 pip akan menyatakan isyarat kenaikan harga.
USD/JPY: Semalam, pasaran ini tidak perlu lagi diperbetulkan sebanyak 120 pips. Terdapat isyarat bercampur-campur pada carta: EMA 11 masih didagangkan di atas EMA 56, manakala tempoh RSI 14 adalah di bawah tahap 50. Ia adalah lebih baik untuk tidak melakukan sebarang aktiviti pasaran sehingga terdapat pergerakkan harga yang jelas disahkan. Pergerakan harga di bawah tahap permintaan 108.50 akan menghasilkan isyarat penurunan harga; manakala pergerakan di atas tahap bekalan pada 111.00 akan mengukuhkan prospek kenaikan harga pada baru-baru ini.
EUR/JPY: Pasangan mata wang EUR/JPY ini bergerak lebih rendah pada hari Isnin, daripada fasa keseimbangan semasa di dalam pasaran. Untuk ia tidak kelihatan seperti penembusan harga palsu, harga perlu berdagang di bawah zon permintaan pada tahap 122.50. Jika tidak, mana-mana kenaikkan daripada tahap harga semasa pada carta 4-jam akan memaksa pasaran kembali ke dalam fasa keseimbangan.