logo

FX.co ★ Gambaran Makro Global untuk 27/11/2015

Gambaran Makro Global untuk 27/11/2015

Gambaran Makro Global untuk 27/11/2015:

Bacaan pertama laporan KDNK UK bagi suku ketiga dijadualkan akan dikeluarkan pada jam 10:30 GMT hari ini. Ahli-ahli ekonomi menjangkakan indikator kekal tidak berubah pada 0.5% (2.3% y/y). Disebabkan oleh pertumbuhan ekonomi yang perlahan di zon euro, yang merupakan salah satu rakan perdagangan strategik UK, ekonomi berkemungkinan akan menghadapi tekanan yang kuat. Mungkin ini adalah mengapa kenyataan baru-baru ini daripada Marc Carney begitu berbeza berbanding dengan kenyataan awal mengenai kenaikan kadar pada tahun hadapan. Selain itu, euro tertekan sebagaimana ECB dilaporkan telah bersedia untuk melanjutkan pelonggaran dasar kewangan pada mesyuarat Disember. Ini menjelaskan mengapa Bank of England tidak tergesa-gesa untuk menaikkan kadar faedah.

Pasangan mata wang GBP/USD kini sedang didagangkan di atas tahap sokongan teknikal utama pada tahap 1.5053. Mana-mana penembusan harga yang lebih rendah secara langsung akan mendedahkan sokongan seterusnya pada tahap 1.5026 untuk menguji.

Gambaran Makro Global untuk 27/11/2015

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan