logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/JPY untuk 27 November, 2015

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 27 November, 2015

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 27 November, 2015

Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan kenaikan harga. Pasaran AS ditutup bersempena cuti umum 'Thanksgiving' semalam. Dari segi tukaran mata wang asing, pada sesi dagangan yang tenang, dolar AS telah berjaya mengekalkan keuntungan baru-baru ini berbanding kebanyakan mata wang utama lain. Pasangan mata wang AUD/USD susut 0.3% kepada 0.7224 sebagaimana kerajaan Australia melaporkan bahawa pelaburan perniagaan dalam negara menurun sebanyak 9.2% pada suku tahunan ke-3 (berbanding ramalan -2.9%). Pasangan mata wang EUR/USD pula menjunam sebanyak 0.2% kepada 1.0609, manakala pasangan mata wang USD/CHF menokok 0.2% kepada 1.0234. Tahap 122.45 kekal bertindak sebagai sokongan utama, yang kini didagangkan di atas kedua-dua purata pergerakkan urusniaga harian tempoh 20 (carta 30 minit) dan tempoh 50. Sementara itu, Indeks kekuatan relatif kekal di atas tahap neutral 50 yang sedang kekurangan momentum penurunan harga. Sasaran menaik pertama kini ditetapkan pada tahap 122.80 (rintangan kepada lantunan semula harga pada 25 November) dan yang kedua pada tahap 122.95 (sekitar tahap tinggi 25 November).

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 122.80 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 123.05. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 122.20 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 122.00. Titik pangsi terletak pada tahap 122.45.

Tahap Rintangan: 122.80 123.05 123.50

Tahap Sokongan: 122.20 122 121.80

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan