logo

FX.co ★ Technical analysis of GBP/JPY for November 26, 2015

Technical analysis of GBP/JPY for November 26, 2015

Technical analysis of GBP/JPY for November 26, 2015

Pasangan mata wang GBP/JPY ini diramalkan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih tinggi sebagaimana kecenderungan harga untuk pasangan ini kekal menaik. Pasangan mata wang kini dilihat sedang melantun semula selepas menguji sokongan utama pada tahap 184.90 dalam sekelip mata. Ia kini sedang didagangkan di sekitar kedua-dua purata bergerak tempoh 20 dan 50. Sementara itu, indeks kekuatan relatif berada di atas tahap neutral 50. Tinjauan urusniaga harian kekal menaik dengan sasaran kenaikkan pertama ditetapkan pada tahap 186 dan sasaran kedua pada tahap 186.55.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 186 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 186.55. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 184.30 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 183.85. Titik pangsi terletak pada tahap 184.90.

Tahap Rintangan: 186 186.55 187

Tahap Sokongan: 184.30 183.85 183

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan