logo

FX.co ★ Analisis Harian Indeks USDX untuk 26 Mac, 2015

Analisis Harian Indeks USDX untuk 26 Mac, 2015

Gambaran penurunan harga kini menjadi semakin kuat pada carta harian sebagaimana langkah pembetulan harga terus mengambil tempat dalam tempoh masa ini. Tahap sokongan paling hampir terletak di zon 95.53. Wilayah ini berpotensi untuk menawarkan beberapa jenis zon belian untuk menunggang aliran menaik keseluruhan dalam jangka masa sederhana dan panjang. Pada masa ini, indikator MACD adalah di wilayah negatif.

Analisis Harian Indeks USDX untuk 26 Mac, 2015


Berdasarkan kepada carta 1H, kecenderungan penurunan harga ini kelihatan begitu jelas dan USDX kini sedang cuba untuk menembusi tahap sokongan 96.24. Ia kelihatan seolah-olah bahawa insturmen ini adalah sangat kukuh dalam aliran semasa dan, mungkin, ia tidak akan membentuk corak harga rendah yang lebih rendah. Buat masa ini, selagi USDX kekal berdagang di bawah 200 SMA, maka kita berkemungkinan akan dapat melihat pesanan menjual perdagangan urusniaga harian.

Analisis Harian Indeks USDX untuk 26 Mac, 2015


Tahap Rintangan Carta Harian: 96.60 / 98.01

Tahap Sokongan Carta Harian: 95.53 / 93.89

Tahap Rintangan Carta 1H: 96.63 / 97.19

Tahap Sokongan Carta 1H: 96.24 / 95.87



Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan menjual (jual) hanya sekiranya Indeks USDX ini berjaya menembusi cartalilin penurunan harga; dengan menetapkan sokongan pada tahap 96.24, take profit di tahap 95.87, dan stop loss pada tahap 96.62.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan