Huraian Umum untuk 12/03/2015 09:10 CET
Daripada membuat kitaran pembetulan untuk aliran menurun semalam, pasaran telah membuat satu lagi tahap tinggi pada lanjutan gelombang (v) hijau untuk aliran menaik dan harga telah diterbalikkan dengan segera kembali ke dalam zon bekalan terdahulu yang kini harus menyediakan rintangan. Walau bagaimanapun, kitaran pembetulan harga kini sedag diramal seperti yang kita dapat lihat pada pembentukan 'double top' jangka masa yang lebih besar (carta 4H). Sokongan urusniaga harian pertama untuk kitaran pembetulan adalah pada tahap 1.2662. Sekiranya harga menembusi ke tahap yang lebih rendah, maka tahap sokongan yang seterusnya dilihat berada pada tahap 1.2597. Kecenderungan arah aliran harga masih berpihak kepada kenaikkan harga selagi tahap harga rendah pada 1.2386 ini masih belum ditembusi.
Sokongan/Rintangan:
1.2934 - WR3
1.2797 - Tahap Tinggi Urusniaga Harian
1.2778 - WR2
1.2727 - WR1
1.2662 - Sokongan Urusniaga Harian
1.2597 - Sokongan Urusniaga Harian
Cadangan Perdagangan:
Daytraders harus mempertimbangkan untuk mengambil pesanan membeli baru hanya sekiranya tahap harga 1.2797 ii berjaya ditembusi dengan jelas dengan cartalilin 1H menutup di atas tahap tersebut. Pesanan SL harus ditetapkan di bawah tahap 126.62 manakala pesanan TP pula harus berada pada tahap 1.2934.