logo

FX.co ★ Analisis Teknikal NZD/USD untuk 11 Mac, 2015

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 11 Mac, 2015

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 11 Mac, 2015

Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang NZD/USD diramalkan akan mengukuh dengan kecenderungan aliran menurun selepas mencecah tahap rendah satu bulan 0.7249 pada hari Selasa sebagaimana pasaran menanti pengumuman kadar faedah Bank Rizab New Zealand pada jam 20:00 GMT (RBNZ secara meluas dijangkakan akan mengekalkan kadar pada 3.5% ). Sentimen mata wang dolar NZ telah terjejas ekoran isu keselamatan makanan bagi industri tenusu New Zealand selepas polis menunjukkan ancaman mencemarkan bayi dan formula tenusu lain. NZD/USD juga terjejas oleh sentimen dolar menaik, harga komoditi yang melemah dan penjualan dolar NZ sewaktu pasangan AUD/NZD memberangsangkan dan penjualan dolar NZ semasa pasangan menurun NZD/JPY di tengah-tengah peningkatan penghindaran risiko pelabur. Kerugian bagi pasangan mata wang NZD/USD terjejas ekoran hasil pengkamiran NZD-USD.

Ulasan Teknikal:
Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana MACD dan Stokastik adalah aliran menurun, walaupun kemudianya ia berada pada tahap terlebih jual. Purata pergerakkan lima hari adalah di bawah purata pergerakkan 15 hari dan kian menurun.

Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.72. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.7240. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.7150. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.7450 dan sasaran kedua pada 0.7410.

Tahap Rintangan:
0.7380
0.7450
0.75

Tahap Sokongan:

0.72
0.7150
0.71

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan