logo

FX.co ★ Analisis Teknikal dan Cadangan Perdagangan USD Berbanding CAD, YEN untuk 11 Mac, 2015

Analisis Teknikal dan Cadangan Perdagangan USD Berbanding CAD, YEN untuk 11 Mac, 2015

Analisis Pasangan Mata wang USD BERBANDING CAD & JPY

USD/CAD

Data US yang lebih kukuh meningkatkan harapan bagi kenaikan kadar faedah lebih segera. Mata wang Amerika ini telah didagangkan dalam aliran menaik berbanding CAD & Yen. Pada sesi dagangan semalam, pasangan mata wang ini telah berjaya menembusi di atas tahap 1.2700, bagaimanapun ia telah menjadi sia-sia. Hari ini semasa sesi dagangan Asia, mata wang USD telah diniagakan lebih tinggi berbanding CAD. Rintangan selari kelihatan seolah-olah terletak pada tahap 1.2700. Pasangan mata wang ini telah berada di dalam julat pengukuhan untuk 25 sesi di antara tahap 1.2350 dan 1.2700 bagi membolehkan penembusan kenaikkan harga berlaku pada hari ini. Sokongan mingguan ditetapkan pada tahap 1.2350 manakala sokongan bulanan pula telah ditetapkan pada tahap 1.2300. Rintangan mingguan didapati berada pada tahap 1.2700. Aliran kenaikkan harga berpotensi untuk menguji tahap 1.2970, sekiranya harga menutup di atas 1.2700. Sokongan urusniaga harian dilihat masing-maisng berada pada tahap 1.2670 dan 1.2600. Seperti yang telah kami syorkan sebelum ini, pada gambaran carta mingguan, sehingga harga menutup di atas 1.2350, pesanan belian masih sah dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap 1.2565, 1.2660, dan 1.2680. Kesemua tahap sasaran ini telah ditembusi. Secara keseluruhanya, gambaran memihak kepada pesanan membeli semasa urusniaga harga rendah. Bagi urusniaga harian pula, kami menasihati kepada para pedagang agar mengambil pesanan membeli dengan menetapkan sasaran pada tahap 1.2660 dan 1.2690. Kita boleh menjangkakan kenaikan harga yang kuat di atas tahap 1.2700.

Perdagangan: Kami kekal dalam pesanan membeli.

Analisis Teknikal dan Cadangan Perdagangan USD Berbanding CAD, YEN untuk 11 Mac, 2015

USD/JPY

Pesanan peralatan teras Jepun sekali lagi mencatatkan bacaan yang mengecewakan dengan penurunan sebanyak 1.7% bebranding kenaikkan 8.3%. Pasangan mata wang ini dilihat telah berjaya menembusi tahap tinggi sebelum ini, bagaimanapun ia telah gagal untuk mengekalkan keuntungan. Kami telah mencadangkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli semasa urusniaga harga rendah. Kini, kami sedang menyemak semula sasaran pada tahap 124, 125.00, dan 125.75. Harga kini sedang membentuk corak harga rendah yang lebih tinggi dan corak harga tinggi yang lebih tinggi pada carta 4H. Sokongan telah meningkat daripada tahap 118.20 kepada 119.80. Ini adalah merupakan satu petanda yang baik untuk harga meneruskan kenaikkan. Sekiranya harga berjaya menutup di atas tahap 121.85 pada carta mingguan, maka kita boleh melihat penembusan harga pada tahap 128.00 juga. Pada sesi dagangan hari Jumaat, kami telah menasihatkan kepada para pedagang agar mengambil pesanan membeli dengan menetapkan sl pada tahap 119.80 dengan sasaran maisng-masing berada pada tahap 120.00, 120.20, dan 120.50. Semalam, kami telah melanjutkan tahap sasaran kami masing-masing ke tahap 121.50 dan 121.80. Semua sasaran ini telah ditembusi. Ia adalah satu bahagian bergerak sehingga ke tahap tinggi baru. Pasangan ini mempunyai sokongan urusniaga harian yang terletak pada tahap 120.80. Satu lagi kenaikan harga di atas a=tahao 122.0. Sehingga carta lilin 4H menutup di atas 119.80, perdagangan membeli kekal sah. Gambaran keseluruhan memihak kepada pesanan membeli ketika urusniaga harga rendah.

Perdagangan: Kami kekal dalam pesanan membeli.

Analisis Teknikal dan Cadangan Perdagangan USD Berbanding CAD, YEN untuk 11 Mac, 2015






*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan