Pada minggu lalu, kita dapat melihat bahawa pasangan mata wangGBP/uSD telah didagangkan dalam aliran penurunan harga, walau bagaimanapun pasangan kini telah mendapat sokongan yang kuat pada tahap 1.5086 di dalam carta harian. Pada masa sekarang, kita boleh menjangkakan anjakan semula harga ke tahap rintangan yang terletak pada 1.5247, tetapi kecenderungan aliran semasa harga lebih memihak kepada penurunan harga. Juga, pasangan GBP/USD berpotensi untuk mula membentuk corak penurunan harga yang seterusnya.
Berdasarkan kepada carta 1H, pasangan mata wang GBP/USD dilihat telah membuat satu anjakan menaik di atas tahap sokongan 1.5097. Pemulihan harga ini adalah agak biasa bagi pasangan ini sebagaimana momentum penurunan harga semasa pada Jumaat lalu adalah sangat kuat. Dengan cara ini, tahap 1.5097 boleh diuji lagi dan pasangan GBP/USD berkemungkinan akan jatuh ke tahap yang lebih rendah hingga mencecah paras terendah baru pada minggu ini.
Tahap Rintangan Carta Harian: 1.5247 / 1.5364
Tahap Sokongan Carta Harian: 1.5086 / 1.4948
Tahap Rintangan Carta 1H: 1.5162 / 1.5221
Tahap Sokongan Carta 1H: 1.5097 / 1.5028
Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan menjual (jual) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin penurunan harga; dengan menetapkan sokongan pada tahap 1.5097, take profit di tahap 1.5028, dan stop loss pada tahap 1.5163.