Jumlah gaji pekerja bukan perladangan mencatatkan kenaikkan sebanyak 295,000 pada bulan Februari, dan kadar pengangguran susut kepada 5.5 peratus, Biro Statistik Buruh AS melaporkan pada Jumaat lalu. Data AS yang lebih kukuh menorong harga emas untuk menjunam hingga ke tahap rendah 2 bulan. Selepas pelancaran QE oleh ECB, emas jatuh di bawah harga $ 1,200.00 dan ditutup di bawahnya. Sebelum ini, kami ada menegaskan tentang perubahan arah aliran harga. Logam kuning ini telah jatuh di bawah tahap harga $ 1,200.00 sebanyak tiga kali dan berjaya menutup di atas tahap tersebut. Ini adalah merupakan satu petanda yang baik untuk pemulihan harga. Emas dilihat telah mencatatkann tahap tinggi pada $ 1,222.00 daripada tahap rendah $ 1,190.00. Kini, pandangan ini telah dipadamkan. Kami mengesyorkan kepada para pedagang agar mengambil pesanan menjual di bawah tahap $ 1,195.00 dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap $ 1,190.00 dan $ 1,185.00. Penutupan harian di bawah tahap $ 1,185.00 membawa harga ke tahapa $ 1,179.00, $ 1,170.00, $ 1,167.00, dan $ 1,150.00 dalam tempoh masa yang terdekat ini. Harga telah membuat tahap rendah pada tahap $ 1.163,50. Sehingga harga menutup di bawah $ 1,200.00, aliran penurunan harga mempunyai kelebihan. Sokongan urusniaga harian didapati berada pada tahap $ 1,163.00. Manakala rintangan pula dilihat terletak pada tahap $ 1,204.50 dan $ 1,209.00. Rintangan mingguan ditetapkan di antara $ 1,172.00.
Rintangan: $1,172.00, $1,179.10, $1,187.00.
Sokongan: $1,163.00, $1,155.00, $1,150.00.
Dagangan: ambil pesanan menjual di bawah tahap $1,163.00.