logo

FX.co ★ Analisis Teknikal NZD/USD untuk 06 Mac, 2015

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 06 Mac, 2015

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 06 Mac, 2015

Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang NZD/USD dijangkakan akan mengukuh dengan kecenderungan aliran menurun selepas mencecah tahap rendah 7 hari 0.7449 pada Khamis apabila pasaran sedang menunggu laporan senarai gaji bukan perladangan AS. Pasangan mata wang NZD/USD ini telah dilemahkan oleh penjualan dolar NZD ke atas dagangan pasangan berbanding mata wang utama dan dolar yang secara umumnya lebih mengukuh dan harga komoditi yang melemah. Walau bagaimanapun kerugian bagi pasangan NZD/USD kini sedang diganggu oleh selera risiko pelabur yang bertambah baik dan pelarasan kedudukan menjelang hujung minggu.

Komen Teknikal: 
Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana stokastik telah jatuh daripada tahap terlebih beli, bar histogram MACD masih berkontraksi , purata pergerakkan lima hari kini jatuh di bawah purata pergerakkan 15 hari.

Cadangan Perdagangan: 

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.7430. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.7405. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.7530. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.7575 dan sasaran kedua pada 0.7615.

Tahap Rintangan: 
0.7575
0.7615
0.7645 

Tahap Sokongan: 
0.7430
0.7405
0.7365

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan