logo

FX.co ★ Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 06 Mac, 2015

Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 06 Mac, 2015

Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 06 Mac, 2015

Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang GBP/JPY dijangkakan akan mengukuh dengan kecenderungan aliran menurun selepas mencecah tahap rendah bulanan pada harga 132.12 semasa EBS Khamis apabila pasaran sedang menunggu laporan senarai gaji bukan perladangan AS. Pasangan mata wang GBP/JPY ini telah dilemahkan oleh kelemahan pasangan EUR/USD yang meningkat dan jualan eksport Jepun. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan mata wang GBP/JPY telah diganggu oleh permintaan daripada pengimport Jepun dan toleransi risiko pelabur yangb ertambah baik dan pelarasan kedudukan menjelang hujung minggu.

Komen Teknikal:
Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana MACD adalah aliran menurun. stokastik masih berada di bawah tekanan pada peringkat terlebih jual, purata pergerakkan lima hari kini berada di bawah purata pergerakkan 15 hari dan kian menurun.

Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 182.50. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 182.10. Titik pangsi kekal berada pada tahap 183.65. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 184.15 dan sasaran kedua pada 184.40.

Tahap Rintangan: 
184.05
184.40
184.75

Tahap Sokongan:
182.50
182.10
181.75

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan