logo

FX.co ★ Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 05 Mac, 2015

Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 05 Mac, 2015

Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 05 Mac, 2015

Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang GBP/JPY ini dijangkakan akan mengukuh dengan kecenderungan aliran menurun selepas mencecah tahap rendah satu bulan pada tahap 132.40 EBS hari Rabu. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh penurunan pasangan EUR/USD, penurunan toleransi risiko pelabur dan eksport Jepun. Walau bagaimanapun, pasangan mata wang GBP/JPY kini sedang diganggu oleh permintaan dari pengimport Jepun.

Komen Teknikal:
Carta harian kelihatan berkecenderungan negatif sebagaimana MACD adalah aliran menurun, stokastik kekal dibawah tekanan pada tahap terlebih jual, purata pergerakan lima hari kini berada di bawah purata pergerakkan 15-hari dan kian menurun.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 182.50. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 182.10. Titik pangsi kekal berada pada tahap 183.65. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 184.15 dan sasaran kedua pada 184.40.

Tahap Rintangan:
184.15
184.40
184.75

Tahap Sokongan:
182.50
182.10
181.75

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan