logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CHF untuk 13 Jun, 2014

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 13 Jun, 2014

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 13 Jun, 2014

Huraian:

Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan diniagakan dalam julat yang lebih rendah. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini dilemahkan oleh sentimen dolar yang negatif. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan USD/CHF ini telah dipengaruhi oleh pendirian dasar monetari dovish dan penjualan mata wang franc oleh Bank Negara Swiss sewaktu pasangan CHF/JPY melemah dan pelarasan jawatan sebelum hujung minggu. Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana MACD kini berada di dalam mod yang kurang memberangsangkan, walau bagaimanapun stokastik adalah neutral.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.8955; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.8940. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.9015. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.9035 dan sasaran kedua pada tahap 0.9060.

Tahap Rintangan:
0.9035
0.9060
0.9085

Tahap Sokongan: 
0.8955
0.8940
0.89

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan