logo

FX.co ★ Analisis Teknikal GBPJPY untuk 12 Jun, 2014

Analisis Teknikal GBPJPY untuk 12 Jun, 2014

Analisis Teknikal GBPJPY untuk 12 Jun, 2014

Huraian:

Pasangan mata wang GBP/JPY ini diramalkan akan mengukuh dengan kecenderungan penurunan harga. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh risiko keengganan pelabur yang kian meningkat, sentimen euro yang melemah, dan penjualan eksport Jepun. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan mata wang GBP/JPY adalah berpunca daripada permintaan dari pengimport Jepun. Carta harian dilhat berkecenderungan negatif sebagaimana stokastik adalah aliran menurun, bar histogram MACD kini beralih kepada negatif, purata pergerakkan lima hari jatuh di bawah MA 15 hari.

Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 170.70; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 170.30. Titik pangsi kekal berada pada tahap 171.55. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 171.90 dan sasaran kedua pada tahap 172.35.

Tahap Rintangan:
171.90
172.35
172.75

Tahap Sokongan:
170.70
170.30
170

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan