EUR/USD
Pasangan mata wang ini telah didagangkan dalam aliran menurun daripada tahap 1.3995. Pasangan mata wang ini juga dilihat telah menembusi garisan aliran sokongan bulanan kecil dan harga masih lagi didagangkan di bawah tahap tersebut. Pasangan kini sedang dalam perjalanan menuju ke arah zon sokongan utama yang terletak di antara tahap 1.35 dan 1.347. Kami menjangkakan pusingan jualan panik yang seterusnya akan berlaku di bawah tahap 1.3460 ke arah tahap 1.3370 (SMA 50 bulan), 1.33, dan 1.28 1.32/1.3195. Petunjuk momentum menuju ke arah negatif dan pengayun momentum bulanan sepenuhnya memihak terhadap pesanan menjual aliran menaik. Pandangan ini akan sah dengan sl ditetapkan pada tahap 1.3735.
Merujuk pada carta mingguan, pasangan mata wang ini dilihat telah menembusi purata pergerakkan 50 minggu dan harga masih diniagakan jauh di bawah tahap tersebut. Sehingga pasangan menembusi pada tahap 1.3677, harga berkemungkinan akan bergerak menuju ke arah bawah 1.35, 1.3477 dan 1.3415 pada mulanya. Tahap 1.3415 adalah tahap penting bagi aliran menaik mengukuh dan menutup di atas tahap ini. EMA 200 minggu dan corak baji garisan aliran sokongan yang semakin meningkat pada tahap 1.3415, Sekiranya penutupan mingguan menutup di bawah tahap itu, maka kami menjangka akan melihat pertempuran yang hebat dalam beberapa minggu yang akan datang.
Untuk asas urusniaga harian, pasangan mata wang ini telah mengukuh pada tahap 1.3520, di bawah ini, harga berkemungkinan akan mencecah pada tahap 1.35, 1.3477, 1.3460 dan 1.3415. Untuk aliran menaik, pasangan mata wang ini mempunyai rintangan pada tahap 1.3560 dan 1.36. Jika harga di dagangkan di atas tahap 1.36, maka adalah diramalkan bahawa harga akan melonjak hingga ke tahap 1.3670 dan 1.3680.
Cadangan Perdagangan-
Ambil pesanan mebeli di atas tahap 1.3605.