logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Emas untuk 11 Jun, 2014

Analisis Teknikal Emas untuk 11 Jun, 2014

Analisis Teknikal Emas untuk 11 Jun, 2014

 Tinjauan Teknikal dan Carta Persediaan:

1. Carta 8H telah memberikan gambaran yang lebih jelas terhadap struktur gelombang semasa Emas. Emas telah melantun pada tahap $ 1,240.00 lebih awal dan emas kini dilihat sedang bergerak menuju ke arah $ 1,278.00/$ 1,280.00. Para pedagang harus diingatkan bahawa harga $ 1,278.00 ini adalah merupakan Penarikan semula Fibonacci 0.618 pada aliran menurun di antara tahap $ 1,300.00 dan $ 1,240.00. Reaksi penurunan harga adalah diramalkan pada kesemua tahap harga yang telah dinyatakan tadi. 


2. Sokongan bagi komoditi ini dilihat terletak pada tahap $ 1,240.00, dan diikuti dengan tahap $ 1,230.00, $ 1,210.00 dan seterusnya tahap yang lebih rendah. Manakala rintangan pula dilihat berada pada tahap $ 1,280.00, dan diikuti masing-masing dengan tahap $ 1,300.00, $ 1,330.00 dan seterusya tahap yang lebih tinggi. 


3. Struktur menunjukkan bahawa Emas kini sedang bergerak menuju ke arah tahap $ 1,278.00/80.00 sebelum aliran penurunan harga mendominasi semula.


Cadangan Perdagangan:

Kekal mendatar buat masa ini, dan perhatikan peluang untuk menjual berhampiran pada tahap $1,280.00.

Semoga berjaya!

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan