logo

FX.co ★ Ramalan untuk USD/JPY pada 2 Julai 2024

Ramalan untuk USD/JPY pada 2 Julai 2024

USD/JPY

Semalam, pasangan USD/JPY mencatatkan prestasi luar biasa dengan melepasi sempadan atas saluran menaik global (161.00). Ini mungkin merupakan tindak balas secara lansgung kerana Bank of Japan masih belum campur tangan. Jumlah dagangan adalah sederhana. Kami melihat sasaran terbuka pada 163.85, tetapi sekarang tumpuan utama adalah bilakan BOJ akan melaksanakan campur tangan mata wangnya.

Ramalan untuk USD/JPY pada 2 Julai 2024

Biasanya, BOJ melaksanakan campur tangan dalam pasaran yang tenang, jadi saat yang sesuai mungkin sama ada hari ini atau awal minggu depan. Selain itu, kami bimbang tentang kelakuan osilator Marlin – ia hampir tidak bertindak balas terhadap kenaikan pasangan ini.

Ramalan untuk USD/JPY pada 2 Julai 2024

Pada carta 4-jam, harga mencerminkan struktur kenaikan harian – berpanjangan dan terlalu kuat, juga tipikal untuk penurunan yang tidak dijangka. Di sini, perbezaan tiga kali ganda dengan osilator Marlin telah terbentuk. Kami menunggu perkembangan selanjutnya.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan