logo

FX.co ★ EUR/USD: Cadangan dagangan kepada pedagang baharu untuk sesi Eropah pada 5 Jun

EUR/USD: Cadangan dagangan kepada pedagang baharu untuk sesi Eropah pada 5 Jun

Gambaran keseluruhan dagangan dan cadangan tentang EUR/USD

Ujian harga pada 1.0876 berlaku ketika penunjuk MACD telah bergerak jauh di atas tanda sifar, yang mengehadkan potensi kenaikan pasangan EUR/USD. Oleh sebab itu, saya memutuskan untuk tidak membeli mata wang tunggal tersebut, dan ini adalah keputusan yang tepat. Pasangan ini naik sekitar 10 pip dan kemudian berhenti meningkat. Semalam, laporan Jerman mengenai pengangguran mengecewakan, dan akibatnya, pasangan ini jatuh pada separuh pertama hari dagangan. Namun, menjelang akhir hari urusniaga, data AS yang lemah memulihkan permintaan untuk euro. Hari ini, keadaan mungkin berakhir dengan buruk bagi aset berisiko selepas penerbitan PMI Perkhidmatan di negara-negara Zon Euro dan indeks komposit, yang merangkumi aktiviti pembuatan yang lemah. Angka yang lemah akan memberi tekanan kepada euro menjelang mesyuarat Bank Pusat Eropah esok. Hari ini, indeks harga pengeluar Zon Euro mungkin tidak menarik minat pelabur. Bagi strategi intraday, saya akan lebih bergantung pada pelaksanaan senario No. 1 dan 2.

EUR/USD: Cadangan dagangan kepada pedagang baharu untuk sesi Eropah pada 5 Jun

Isyarat Beli

Senario No 1: Hari ini, anda boleh membeli euro apabila harga mencapai 1.0890 yang dilukis oleh garisan hijau pada carta, dengan sasaran pertumbuhan ke paras 1.0921. Pada paras 1.0921, saya merancang untuk keluar dari pasaran dan juga menjual euro ke arah yang bertentangan, dengan mengharapkan pergerakan sebanyak 30-35 pip dari titik kemasukan. Anda boleh menjangkakan euro naik hari ini hanya selepas data Zon Euro yang sangat baik. Sebelum membeli, pastikan penunjuk MACD berada di atas tanda sifar dan baru sahaja mula naik darinya.

Senario No 2: Saya juga akan membeli euro hari ini sekiranya berlaku dua ujian berturut-turut pada harga 1.0871 pada masa penunjuk MACD berada di kawasan terlebih jual. Ini akan mengehadkan potensi penurunan instrumen dan membawa kepada pembalikan pasaran ke atas. Kita boleh menjangkakan pertumbuhan ke paras bertentangan 1.0890 dan 1.0921.

Isyarat Jual

Senario No 1: Saya merancang untuk menjual euro selepas pasangan EUR/USD mencapai paras 1.0871 yang dilukis oleh garisan merah pada carta. Sasaran akan menjadi paras 1.0845, di mana saya akan keluar dari pasaran dan membeli segera ke arah bertentangan (mengharapkan pergerakan sebanyak 20-25 pip ke arah atas dari paras tersebut). Tekanan ke atas pasangan EUR/USD akan meningkat jika harga gagal mengukuh berhampiran paras tinggi harian dan jika data Zon Euro yang lemah dikeluarkan. Sebelum menjual, pastikan penunjuk MACD berada di bawah tanda sifar dan baru sahaja mula menurun darinya.

Senario No 2: Saya juga akan menjual euro pada hari ini sekiranya berlaku dua ujian harga berturut-turut pada paras 1.0890 pada masa penunjuk MACD berada di kawasan terlebih beli. Ini akan menghadkan potensi kenaikan pasangan ini dan membawa kepada pembalikan pasaran ke bawah. Kita boleh mengharapkan penurunan ke paras bertentangan 1.0871 dan 1.0845.

EUR/USD: Cadangan dagangan kepada pedagang baharu untuk sesi Eropah pada 5 Jun

Apakah yang terdapat pada carta:

Garisan hijau yang nipis adalah harga masuk di mana anda boleh membeli instrumen dagangan.

Garisan hijau yang tebal adalah harga di mana anda boleh menetapkan Ambil-Keuntungan (TP) atau secara manual mengunci keuntungan, kerana pertumbuhan lebih lanjut di atas tahap ini adalah tidak mungkin.

Garisan merah yang nipis adalah harga masuk di mana anda boleh menjual instrumen dagangan.

Garisan merah yang tebal adalah harga di mana anda boleh menetapkan Ambil-Keuntungan (TP) atau secara manual mengunci keuntungan, kerana penurunan lebih lanjut di bawah tahap ini adalah tidak mungkin.

Garisan MACD: adalah penting untuk dipandu oleh kawasan terlebih beli dan terlebih jual ketika memasuki pasaran.

Penting: Pedagang baharu dalam pasaran matawang kripto perlu lebih berhati-hati apabila membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum penerbitan laporan penting, tindakan yang terbaik adalah kekal berada di luar pasaran untuk mengelakkan terperangkap dalam turun naik yang mendadak dalam kadar. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa penerbitan berita, pastikan sentiasa membuat pesanan Henti Rugi (Stop Loss) untuk mengurangkan kerugian. Tanpa membuat pesanan henti rugi (SL), anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dengan cepat, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan melaksanakan dagangan dengan jumlah besar.

Dan perlu diingatkan selalu bahawa untuk dagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai rancangan dagangan yang jelas seperti yang saya bentangkan di atas. Keputusan dagangan spontan dan tiada rancangan yang terperinci berdasarkan situasi pasaran semasa adalah secara asasnya strategi yang merugikan untuk pedagang intraday.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan