logo

FX.co ★ Pelan dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 22 Mac. Tip mudah untuk pedagang baru

Pelan dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 22 Mac. Tip mudah untuk pedagang baru

Menganalisis dagangan Khamis:

Pasangan mata wang EUR/USD - Carta 1 JamPelan dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 22 Mac. Tip mudah untuk pedagang baru

Pada Khamis, pasangan mata wang EUR/USD menunjukkan pergerakan yang sama seperti yang kami jangkakan. Saya menyatakan bahawa kita tidak harus segera membuat kesimpulan mengenai reaksi pantas pasaran terhadap mesyuarat Rizab Persekutuan (Fed). Pasaran berdagang secara impulsif dan beremosi pada masa-masa seperti itu. Kebiasaannya, ia mengambil masa kira-kira masa sehari untuk keadaan kembali stabil. Seperti yang dapat kita lihat, sehari selepas pertemuan itu, pasangan mata wang ini telah memulakan penurunan yang sama kuat, yang berlanjutan pada semalam. Ini kerana Fed tidak membuat keputusan "dovish". Pengerusi Fed Jerome Powell tidak melembutkan pendiriannya berbanding mesyuarat sebelumnya. Sebaliknya, ramalan inflasi sedikit dinaikkan, dan ramalan kadar sedikit diturunkan. Semua ini menunjukkan bahawa Bank Pusat AS telah menjadi lebih "hawkish", yang sepatutnya mencetuskan kenaikan dolar AS, dan bukan kejatuhannya. Oleh itu, aliran menurun dilanjutkan.

Pasangan mata wang EUR/USD - Carta 5 Minit

Pelan dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 22 Mac. Tip mudah untuk pedagang baru

Hampir semua isyarat pada carta 5 Minit adalah kuat dan menguntungkan. Sebaik sahaja pasangan ini mula bergerak, bukannya kekal di satu tempat, kami melihat beberapa peluang untuk membuat keuntungan. Semalam, lantunan ideal dari tahap 1.0940 telah dibentuk, kemudian lantunan ideal dari tahap 1.0888-1.0896, diikuti dengan penembusan harga pada tahap yang ditentukan. Daripada ketiga-tiga isyarat ini, hanya yang kedua tidak membawa kepada keuntungan, tetapi pesanan beli telah mendorong pesanan Stop Loss ke titik pulang modal, kerana harga naik lebih daripada 15 pip. Untuk dua dagangan yang lain, pedagang boleh memperoleh jumlah keuntungan sekitar 40-45 pip.

Tip dagangan pada Jumaat:

Pada carta 1 Jam, pasangan mata wang EUR/USD ini meneruskan pergerakan menurun, yang sepadan dengan latar belakang fundamental pada minggu ini. Kami percaya bahawa euro harus terus jatuh. Malangnya, pasaran tidak selalu mahu memperdagangkan pasangan secara logik, dan dari semasa ke semasa, kita melihat pertumbuhan yang tidak wajar.

Tahap utama pada carta 5 Minit adalah pada 1.0568, 1.0611-1.0618, 1.0668, 1.0725, 1.0785-1.0797, 1.0855, 1.0888-1.0896, 1.0940, 1.0971-1.0981, 1.1011, 1.1043, 1.1091. Pada Jumaat, satu-satunya laporan hari ini adalah indeks iklim perniagaan di Jerman - jelas laporan sekunder. Kalendar ekonomi Amerika Syarikat adalah tenang. Volatiliti mungkin jatuh ke tahap terendah, tetapi dolar AS berkemungkinan akan mengukuh.

Peraturan asas sistem dagangan:

1) Kekuatan isyarat dikira mengikut masa yang diambil untuk membentuk isyarat (melantun atau mengatasi tahap). Semakin sedikit masa yang diambil, semakin kuat isyaratnya.

2) Jika dua atau lebih tawaran dagangan dibuka berhampiran tahap tertentu berdasarkan isyarat palsu (yang tidak mencetuskan Take Profit atau tahap sasaran terdekat), maka semua isyarat berikutnya daripada tahap ini harus diabaikan.

3) Di kedudukan mendatar, mana-mana pasangan boleh membentuk banyak isyarat palsu atau tidak membentuknya sama sekali. Tetapi dalam apa jua keadaan, pada tanda-tanda awal mendatar, adalah lebih baik untuk berhenti berdagang.

4) Tawaran dagangan dibuka dalam tempoh masa antara permulaan sesi dagangan Eropah dan sehingga pertengahan sesi dagangan Amerika, apabila semua tawaran mesti ditutup secara manual.

5) Pada TF 30 minit, menggunakan isyarat daripada indikator MACD, anda boleh berdagang hanya jika terdapat volatiliti yang baik dan arah aliran, yang disahkan oleh garis arah aliran atau saluran aliran.

6) Jika dua tahap terletak terlalu dekat antara satu sama lain (dari 5 hingga 15 mata), maka ia harus dianggap sebagai kawasan sokongan atau rintangan.

Bagaimana untuk membaca carta:

Tahap Sokongan dan Rintangan ialah Tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan Take Profit berhampiran tahap ini.

Garis merah ialah saluran atau garis arah aliran yang memaparkan arah aliran semasa dan menunjukkan arah mana lebih baik untuk berdagang sekarang.

Indikatior MACD (14,22,3) terdiri daripada histogram dan garis isyarat. Apabila mereka menyilangi, ini adalah isyarat untuk memasuki pasaran. Adalah disarankan untuk menggunakan indiaktor ini dalam gabungan dengan garis arah aliran (saluran dan garis arah aliran).

Ucapan dan laporan penting (sentiasa terkandung dalam kalendar berita) boleh mempengaruhi pergerakan pasangan mata wang. Oleh itu, semasa penerbitan laporan, adalah disarankan untuk berdagang dengan lebih berhati-hati atau keluar dari pasaran untuk mengelakkan pembalikan harga yang mendadak terhadap pergerakan sebelumnya.

Pedagang baru Forex perlu memahami dengan lebih jelas bahawa tidak setiap dagangan harus menguntungkan. Pembangunan strategi yang jelas dan pengurusan wang adalah kunci kejayaan dalam dagangan jangka panjang.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan