logo

FX.co ★ Pelan dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 11 Mac. Tip mudah untuk pedagang baru

Pelan dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 11 Mac. Tip mudah untuk pedagang baru

Menganalisis dagangan Isnin:

Pasangan mata wang EUR/USD - Carta 1 Jam

Pelan dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 11 Mac. Tip mudah untuk pedagang baru

Pasangan mata wang EUR/USD mengalami pembetulan menurun kecil pada Isnin tetapi aliran menaik berterusan dalam dagangan jangka pendek, sebagaimana pasangan mata wang ini kekal diniagakan di atas garis arah aliran. Oleh itu, euro berpotensi untuk mengukuh pada bila-bila masa. Telah dinyatakan pada sebelum ini bahawa euro tidak mempunyai alasan untuk mengukuh. Sesetengah pedagang berharap bahawa semua pergerakan menaik hanyalah sebahagian daripada pembetulan, dan apabila ia berakhir, pasangan mata wang ini boleh memulakan pergerakan menurun. Walau bagaimanapun, pasaran terus membeli euro, menimbulkan persoalan mengenai mengenai konsistensi pergerakan tersebut.

Pada Isnin, tidak ada acara penting atau menarik. Ini menunnukkan volatiliti pasaran yang rendah. Perkara utama dalam agenda hari ini adalah laporan inflasi AS, yang boleh mencetuskan reaksi pasaran, kerana meramalkan nilai indikator untuk bulan Februari lebih awal adalah mustahil. Sememangnya, kami menjangkakan pasangan mata wang ini akan mengukuh di bawah garis arah aliran yang menunjukkan bahawa harga boleh jatuh lebih rendah.

Pasangan mata wang EUR/USD - Carta 5 Minit

Pelan dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 11 Mac. Tip mudah untuk pedagang baru

Satu isyarat pesanan jual telah dibentuk pada carta 5 Minit. Harga kekal mendatar sepanjang sesi Eropah, dan ia hanya berpisah dari tahap 1.0940 semasa sesi AS. Pedagang boleh menggunakan ini untuk membuka pesanan jual. Walau bagaimanapun, ia hanya memberikan keuntungan kecil, sekitar 10-15 pip, berikutan volatiliti pasaran yang agak rendah.

Tip dagangan pada Selasa:

Pada carta 1 Jam, pasangan mata wang EUR/USD meninggalkan saluran mendatar dan kelihatan bersedia untuk meneruskan aliran menaik, walaupun ia tidak mempunyai faktor fundamental. Kami masih menjangkakan euro akan meneruskan penurunannya, yang mana pada pendapat kami, harus berterusan untuk beberapa waktu, tetapi pasaran tidak tergesa-gesa. Malangnya, pada masa ini, kita menyaksikan pergerakan harga yang tidak logik, yang masih boleh dikaitkan dengan keperluan untuk pembetulan menaik. Tetapi dalam kes ini, ia akan berakhir dalam masa terdekat. Kami percaya bahawa anda harus bersedia untuk kemasukan pesanan jual sekiranya harga mengukuh di bawah garis arah aliran.

Tahap utama pada carta 5 Minit adalah seperti berikut; 1.0568, 1.0611-1.0618, 1.0668, 1.0725, 1.0785-1.0797, 1.0855, 1.0888-1.0896, 1.0940, 1.0971-1.0981, 1.1011, 1.1043, dan 1.1091. Pada Selasa, anggaran akhir zon Eropah dan data inflasi Jerman dijadualkan akan diterbitkan, tetapi ini adalah laporan sekunder. Data inflasi AS akan mendapat perhatian dari pelabur. Pasaran mungkin menunjukkan reaksi yang kuat terhadap laporan ini.

Peraturan asas sistem dagangan:

1) Kekuatan isyarat dikira mengikut masa yang diambil untuk membentuk isyarat (melantun atau mengatasi tahap). Semakin sedikit masa yang diambil, semakin kuat isyaratnya.

2) Jika dua atau lebih tawaran dagangan dibuka berhampiran tahap tertentu berdasarkan isyarat palsu (yang tidak mencetuskan Take Profit atau tahap sasaran terdekat), maka semua isyarat berikutnya daripada tahap ini harus diabaikan.

3) Di kedudukan mendatar, mana-mana pasangan boleh membentuk banyak isyarat palsu atau tidak membentuknya sama sekali. Tetapi dalam apa jua keadaan, pada tanda-tanda awal mendatar, adalah lebih baik untuk berhenti berdagang.

4) Tawaran dagangan dibuka dalam tempoh masa antara permulaan sesi dagangan Eropah dan sehingga pertengahan sesi dagangan Amerika, apabila semua tawaran mesti ditutup secara manual.

5) Pada TF 30 minit, menggunakan isyarat daripada indikator MACD, anda boleh berdagang hanya jika terdapat volatiliti yang baik dan arah aliran, yang disahkan oleh garis arah aliran atau saluran aliran.

6) Jika dua tahap terletak terlalu dekat antara satu sama lain (dari 5 hingga 15 mata), maka ia harus dianggap sebagai kawasan sokongan atau rintangan.

Bagaimana untuk membaca carta:

Tahap Sokongan dan Rintangan ialah Tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan Take Profit berhampiran tahap ini.

Garis merah ialah saluran atau garis arah aliran yang memaparkan arah aliran semasa dan menunjukkan arah mana lebih baik untuk berdagang sekarang.

Indikatior MACD (14,22,3) terdiri daripada histogram dan garis isyarat. Apabila mereka menyilangi, ini adalah isyarat untuk memasuki pasaran. Adalah disarankan untuk menggunakan indiaktor ini dalam gabungan dengan garis arah aliran (saluran dan garis arah aliran).

Ucapan dan laporan penting (sentiasa terkandung dalam kalendar berita) boleh mempengaruhi pergerakan pasangan mata wang. Oleh itu, semasa penerbitan laporan, adalah disarankan untuk berdagang dengan lebih berhati-hati atau keluar dari pasaran untuk mengelakkan pembalikan harga yang mendadak terhadap pergerakan sebelumnya.

Pedagang baru Forex perlu memahami dengan lebih jelas bahawa tidak setiap dagangan harus menguntungkan. Pembangunan strategi yang jelas dan pengurusan wang adalah kunci kejayaan dalam perdagangan dalam jangka masa yang panjang.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan