logo

FX.co ★ Pelan dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 22 Februari. Tip mudah untuk pedagang baru

Pelan dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 22 Februari. Tip mudah untuk pedagang baru

Menganalisis dagangan Rabu:

Pasangan mata wang EUR/USD - Carta 1 Jam

Pelan dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 22 Februari. Tip mudah untuk pedagang baru

Pasangan mata wang EUR/USD menunjukkan volatiliti yang bersamaan dengan 30 pip. Secara umumnya, tidak ada yang boleh dianalisis. Harga kekal di satu tempat sepanjang hari, dan ini bukan kali pertama ini berlaku dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Volatiliti pasaran adalah rendah, yang sangat merumitkan proses dagangan walaupun pada carta masa terendah. Ini menunjukkan pembukaan dan penutupan dagangan yang cepat - semasa sesi dagangan Eropah dan AS. Walau bagaimanapun, dengan volatiliti seperti itu, hampir mustahil untuk berdagang walaupun dalam sehari.

Tidak ada peristiwa makroekonomi dan fundamental penting atau sekunder yang dijadualkan di Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah. Beberapa ucapan oleh wakil bank Pusat Eropah dan Rizab Persekutuan tidak membangkitkan sebarang emosi daripada pasaran, seperti yang jelas dilihat dalam pergerakan pasangan itu pada siang hari. Euro akan terus membuat pembetulan harga yang lebih tinggi.

Pasangan mata wang EUR/USD - Carta 5 Minit

Pelan dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 22 Februari. Tip mudah untuk pedagang baru

Pasangan mata wang ini tidak membentuk sebarang isyarat kemasukan yang relevan pada carta masa 5 Minit. Ini tidak menghairankan sama sekali, memandangkan volatiliti sedemikian. Jelas, pasangan mata wang ini tidak berpeluang untuk mencapai tahap terdekat. Oleh itu, keputusan terbaik adalah tidak memasuki pasaran.

Tip dagangan pada Khamis:

Pada carta 1 Jam, pasangan mata wang EUR/USD cenderung untuk terus membuat pembetulan harga yang lebih tinggi untuk beberapa waktu, walaupun masih belum ada alasan makroekonomi dan fundamental untuk menyokong pertumbuhan euro. Kami masih menjangkakan penurunan dari euro, yang, pada pendapat kami, harus berterusan untuk seketika. Malangnya, pasangan mata wang ini telah melanggar garis arah aliran, dan sekarang pedagang tidak mempunyai titik rujukan yang jelas untuk mengekalkan arah aliran menurun.

Tahap utama pada carta 5 Minit adalah seperti berikut; 1.0568, 1.0611-1.0618, 1.0668, 1.0725, 1.0767-1.0785, 1.0835, 1.0896-1.0904, 1.0940, 1.0971-1.0981, 1.1011, 1.1043, dan 1.1091. Pada Khamis, pelabur akan menunggu pengumuman laporan PMI pembuatan dan perkhidmatan dari zon Eropah, dan AS. Oleh kerana tidak ada laporan dan acara ekonomi yang lain, bahkan data sekunder ini dapat menimbulkan reaksi pasaran. Dan ia boleh memberi kesan yang kuat, ekoran ketiadaan volatiliti pasaran pada masa ini. Di samping itu, AS akan mengeluarkan laporan lain mengenai tuntutan pengangguran awal, dan EU akan menerbitkan anggaran inflasi kedua untuk bulan Januari.

Peraturan asas sistem dagangan:

1) Kekuatan isyarat dikira mengikut masa yang diambil untuk membentuk isyarat (melantun atau mengatasi tahap). Semakin sedikit masa yang diambil, semakin kuat isyaratnya.

2) Jika dua atau lebih tawaran dagangan dibuka berhampiran tahap tertentu berdasarkan isyarat palsu (yang tidak mencetuskan Take Profit atau tahap sasaran terdekat), maka semua isyarat berikutnya daripada tahap ini harus diabaikan.

3) Di kedudukan mendatar, mana-mana pasangan boleh membentuk banyak isyarat palsu atau tidak membentuknya sama sekali. Tetapi dalam apa jua keadaan, pada tanda-tanda awal mendatar, adalah lebih baik untuk berhenti berdagang.

4) Tawaran dagangan dibuka dalam tempoh masa antara permulaan sesi dagangan Eropah dan sehingga pertengahan sesi dagangan Amerika, apabila semua tawaran mesti ditutup secara manual.

5) Pada TF 30 minit, menggunakan isyarat daripada indikator MACD, anda boleh berdagang hanya jika terdapat volatiliti yang baik dan arah aliran, yang disahkan oleh garis arah aliran atau saluran aliran.

6) Jika dua tahap terletak terlalu dekat antara satu sama lain (dari 5 hingga 15 mata), maka ia harus dianggap sebagai kawasan sokongan atau rintangan.

Bagaimana untuk membaca carta:

Tahap Sokongan dan Rintangan ialah Tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan Take Profit berhampiran tahap ini.

Garis merah ialah saluran atau garis arah aliran yang memaparkan arah aliran semasa dan menunjukkan arah mana lebih baik untuk berdagang sekarang.

Indikatior MACD (14,22,3) terdiri daripada histogram dan garis isyarat. Apabila mereka menyilangi, ini adalah isyarat untuk memasuki pasaran. Adalah disarankan untuk menggunakan indiaktor ini dalam gabungan dengan garis arah aliran (saluran dan garis arah aliran).

Ucapan dan laporan penting (sentiasa terkandung dalam kalendar berita) boleh mempengaruhi pergerakan pasangan mata wang. Oleh itu, semasa penerbitan laporan, adalah disarankan untuk berdagang dengan lebih berhati-hati atau keluar dari pasaran untuk mengelakkan pembalikan harga yang mendadak terhadap pergerakan sebelumnya.

Pedagang baru Forex perlu memahami dengan lebih jelas bahawa tidak setiap dagangan harus menguntungkan. Pembangunan strategi yang jelas dan pengurusan wang adalah kunci kejayaan dalam dagangan jangka panjang.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan