logo

FX.co ★ Pelan dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 30 Januari. Tip mudah untuk pedagang baru

Pelan dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 30 Januari. Tip mudah untuk pedagang baru

Menganalisis dagangan Isnin:

Pasangan mata wang EUR/USD - Carta 1 Jam

Pelan dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 30 Januari. Tip mudah untuk pedagang baru

Pasangan mata wang EUR/USD akhirnya menembusi tahap 1.0835 pada Isnin, yang membolehkannya meneruskan pergerakan menurun. Pergerakan ini masih lemah, begitu juga dengan volatiliti pasarab sepanjang hari, minggu dan bahkan bulan. Walaupun begitu, euro bergerak ke arah bawah, itulah yang kita perlukan. Diingatkan bahawa kita telah berulang kali meramalkan kejatuhan euro.

Satu-satunya peristiwa penting pada hari semalam ialah ucapan Naib Presiden Bank Pusat Eropah (ECB), Luis de Guindos. Malangnya, beliau tidak mengatakan sesuatu yang menarik. Beliau hanya menyebut bahawa "ECB akan mengurangkan kadar faedah apabila kami yakin bahawa inflasi memenuhi sasaran 2% kami." Beliau memuji kemajuan dalam memerangi inflasi yang tinggi dalam beberapa bulan kebelakangan ini, tetapi semua maklumat ini tidak membawa pasaran lebih dekat untuk menjawab persoalan bilakah penurunan kadar akan bermula. Dan pedagang masih tertanya-tanya tentang perkara ini. Setakat ini kita melihat suasana berubah menjadi lebih "dovish". Oleh yang demikian, peserta pasaran kini menjangkakan peralihan yang lebih cepat kepada dasar "dovish" berbanding sebulan yang lalu. Selain itu, euro telah terlebih beli (overbought) untuk tempoh masa yang lama dan telah mendorong kepada penurunan harga.

Pasangan mata wang EUR/USD - Carta 5 Minit

Pelan dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 30 Januari. Tip mudah untuk pedagang baru

Dua isyarat dagangan telah terbentuk pada carta 5 Minit. Pada mulanya, pasangan mata wang ini menembusi tahap 1.0835, dan kemudian melantun dari bawah. Oleh itu, pedagang baru boleh membuka pesanan jual pada Isnin. Harga tidak mencapai tahap sasaran terdekat, berikutan volatiliti pasaran yang lemah. Walaupun begitu, adalah mungkin untuk memperoleh sekitar 15-20 pip keuntungan dari dagangan tunggal, angka yang cukup baik, memandangkan volatiliti hanya sekitar 50.

Tip dagangan pada Selasa:

Pada carta 1 Jam, pasangan mata wang EUR/USD dilihat telah bersedia untuk meneruskan aliran menurun, dan akhirnya meninggalkan saluran mendatar setelah rehat selama dua minggu. Oleh itu, kami menjangkakan euro akan jatuh lebih jauh, seperti sebelumnya.

Pada Selasa, kami menjangkakan pasangan mata wang ini akan menunjukkan pergerakan menurun yang perlahan. Terdapat beberapa peristiwa penting pada siang hari, jadi volatiliti pasaran mungkin kekal rendah. Walau bagaimanapun, anda boleh mempertimbangkan untuk kekal pada pesanan jual dengan sasaran masing-masing terletak pada tahap 1.0781 dan 1.0733.

Tahap utama pada carta 5 Minit adalah seperti berikut; 1.0611-1.0618, 1.0668, 1.0733, 1.0767-1.0781, 1.0835, 1.0896-1.0904, 1.0940, 1.0971-1.0981, 1.1011, 1.1043, 1.1091, 1.1132-1.1145, dan 1.1184. Pada Selasa, EU dijadualkan akan menerbitkan laporan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk suku keempat. Ekonomi EU dijangka kehilangan tambahan 0.1%, oleh yang demikian, laporan ini tidak mungkin memberikan sokongan kuat untuk euro. Amerika Syarikat (AS) pula akan mengeluarkan laporan JOLTs mengenai peluang pekerjaan. Sekiranya terdapat perbezaan yang ketara dari nilai ramalan, laporan ini mungkin akan menimbulkan reaksi pasaran.

Peraturan asas sistem dagangan:

1) Kekuatan isyarat dikira mengikut masa yang diambil untuk membentuk isyarat (melantun atau mengatasi tahap). Semakin sedikit masa yang diambil, semakin kuat isyaratnya.

2) Jika dua atau lebih tawaran dagangan dibuka berhampiran tahap tertentu berdasarkan isyarat palsu (yang tidak mencetuskan Take Profit atau tahap sasaran terdekat), maka semua isyarat berikutnya daripada tahap ini harus diabaikan.

3) Di kedudukan mendatar, mana-mana pasangan boleh membentuk banyak isyarat palsu atau tidak membentuknya sama sekali. Tetapi dalam apa jua keadaan, pada tanda-tanda awal mendatar, adalah lebih baik untuk berhenti berdagang.

4) Tawaran dagangan dibuka dalam tempoh masa antara permulaan sesi dagangan Eropah dan sehingga pertengahan sesi dagangan Amerika, apabila semua tawaran mesti ditutup secara manual.

5) Pada TF 30 minit, menggunakan isyarat daripada indikator MACD, anda boleh berdagang hanya jika terdapat volatiliti yang baik dan arah aliran, yang disahkan oleh garis arah aliran atau saluran aliran.

6) Jika dua tahap terletak terlalu dekat antara satu sama lain (dari 5 hingga 15 mata), maka ia harus dianggap sebagai kawasan sokongan atau rintangan.

Bagaimana untuk membaca carta:

Tahap Sokongan dan Rintangan ialah Tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan Take Profit berhampiran tahap ini.

Garis merah ialah saluran atau garis arah aliran yang memaparkan arah aliran semasa dan menunjukkan arah mana lebih baik untuk berdagang sekarang.

Indikatior MACD (14,22,3) terdiri daripada histogram dan garis isyarat. Apabila mereka menyilangi, ini adalah isyarat untuk memasuki pasaran. Adalah disarankan untuk menggunakan indiaktor ini dalam gabungan dengan garis arah aliran (saluran dan garis arah aliran).

Ucapan dan laporan penting (sentiasa terkandung dalam kalendar berita) boleh mempengaruhi pergerakan pasangan mata wang. Oleh itu, semasa penerbitan laporan, adalah disarankan untuk berdagang dengan lebih berhati-hati atau keluar dari pasaran untuk mengelakkan pembalikan harga yang mendadak terhadap pergerakan sebelumnya.

Pedagang baru Forex perlu memahami dengan lebih jelas bahawa tidak setiap dagangan harus menguntungkan. Pembangunan strategi yang jelas dan pengurusan wang adalah kunci kejayaan dalam dagangan jangka panjang.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan