logo

FX.co ★ Pelan dagangan pasangan mata wang GBP/USD pada 23 Januari. Tip mudah untuk pedagang baru

Pelan dagangan pasangan mata wang GBP/USD pada 23 Januari. Tip mudah untuk pedagang baru

Menganalisis dagangan Isnin:

Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 1 Jam

Pelan dagangan pasangan mata wang GBP/USD pada 23 Januari. Tip mudah untuk pedagang baru

Pasangan mata wang GBP/USD melanjutkan pergerakan harga yang lebih tinggi dalam saluran mendatar 1.2611-1.2787. Oleh kerana sempadan bawah saluran telah diuji, adalah munasabah untuk menganggap bahawa langkah seterusnya adalah pergerakan harga arah sempadan atas. Dan itulah yang berlaku. Walau bagaimanapun, pergerakan itu agak lemah. Volatiliti adalah sekitar 50 pips pada Jumaat lalu dan kira-kira 40 pips pada Isnin. Secara umumnya, ini juga bermaksud bahawa pasangan mata wang ini sama sekali tidak menunjukkan pergerakan yang berbeza. Tetapi pound tidak berhenti pada Jumaat atau Isnin, oleh yang demikian, terdapat beberapa pergerakan, namun agak lemah.

Pada penghujung hari, harga telah menguji tahap 1.2725. Kami tidak percaya bahawa pembalikan penurunan harga mungkin berlaku di sekitar tahap ini, tetapi pound mungkin tidak naik ke sempadan atas saluran mendatar sehingga melepasi tahap ini. Untuk dagangan jangka sederhana, kami menjangkakan pergerakan menurun, tetapi kami hanya melihat pasaran mendatar selama lebih daripada sebulan sekarang. Pada Isnin, tidak ada acara menarik di UK atau AS, oleh yang demikian, tiada apa yang perlu dianalisis.

Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 5 Minit

Pelan dagangan pasangan mata wang GBP/USD pada 23 Januari. Tip mudah untuk pedagang baruPergerakan pasangan pada carta 5 Minit bukanlah yang terbaik. Walau bagaimanapun, beberapa isyarat dagangan yang baik telah dibentuk. Pertama, pasangan mata wang ini melantun dari tahap 1.2725 dengan ralat 2 pip, kemudian ia melantun dengan tepat dari tahap 1.2688. Dan akhirnya kembali diniagakan ke tahap 1.2725, di mana ia kekal sehingga penghujung hari. Oleh itu, anda boleh memperoleh kira-kira 15 pip untuk kemasukan pesanan menjual pertama. Ia juga jumlah yang sama untuk dagangan kedua. Lantunan terakhir dari tahap 1.2725 tidak membawa keuntungan atau kerugian, kerana harga bergerak lebih mendatar daripada naik atau turun pada penghujung hari. Akibatnya, adalah mungkin untuk membuat keuntungan sebanyak 30 pip, yang mana jumlah ini agak baik memandangkan volatiliti keseluruhan pasaran hanya 40 pip.

Tip dagangan pada Selasa:

Pada carta 1 Jam, pasangan mata wang GBP/USD masih diniagakan dalam saluran mendatar pada tahap 1.2611-1.2787. Harga telah pulih dari tahap 1.2611 sebanyak lima kali, dan selepas lantunan terakhir, aliran menaik baru telah bermula dalam saluran mendatar, yang jelas kelihatan pada carta 4 Jam. Harga kini cenderung untuk melanjutkan pertumbuhan secara beransur-ansur ke arah sempadan atas saluran mendatar.

Pada Selasa, terdapat peluang yang baik bahawa pound British mungkin akan kekal berdagang dalam julat. Tidak akan ada acara fundamental atau makroekonomi penting di AS atau UK, oleh yang demikian, adalah agak sukar untuk menjangkakan pertumbuhan atau penurunan harga yang kuat. Harga berada hampir di tengah-tengah saluran, jadi terdapat peluang yang kecil untuk menembusinya.

Tahap utama pada carta 5 Minit adalah seperti berikut; 1.2270, 1.2310, 1.2372-1.2387, 1.2457, 1.2502, 1.2544, 1.2605-1.2611, 1.2688, 1.2725, 1.2787-1.2791, 1.2848-1.2860, 1.2913, dab 1.2981-1.2993. Pada Selasa, tidak ada acara penting yang dijadualkan di UK atau AS. Oleh itu, volatiliti mungkin akan kekal rendah, dan kita mungkin akan menyaksikan pergerakan harga yang lemah.

Peraturan asas sistem dagangan:

1) Kekuatan isyarat dikira mengikut masa yang diambil untuk membentuk isyarat (melantun atau mengatasi tahap). Semakin sedikit masa yang diambil, semakin kuat isyaratnya.

2) Jika dua atau lebih tawaran dagangan dibuka berhampiran tahap tertentu berdasarkan isyarat palsu (yang tidak mencetuskan Take Profit atau tahap sasaran terdekat), maka semua isyarat berikutnya daripada tahap ini harus diabaikan.

3) Di kedudukan mendatar, mana-mana pasangan boleh membentuk banyak isyarat palsu atau tidak membentuknya sama sekali. Tetapi dalam apa jua keadaan, pada tanda-tanda awal mendatar, adalah lebih baik untuk berhenti berdagang.

4) Tawaran dagangan dibuka dalam tempoh masa antara permulaan sesi dagangan Eropah dan sehingga pertengahan sesi dagangan Amerika, apabila semua tawaran mesti ditutup secara manual.

5) Pada TF 30 minit, menggunakan isyarat daripada indikator MACD, anda boleh berdagang hanya jika terdapat volatiliti yang baik dan arah aliran, yang disahkan oleh garis arah aliran atau saluran aliran.

6) Jika dua tahap terletak terlalu dekat antara satu sama lain (dari 5 hingga 15 mata), maka ia harus dianggap sebagai kawasan sokongan atau rintangan.

Bagaimana untuk membaca carta:

Tahap Sokongan dan Rintangan ialah Tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan Take Profit berhampiran tahap ini.

Garis merah ialah saluran atau garis arah aliran yang memaparkan arah aliran semasa dan menunjukkan arah mana lebih baik untuk berdagang sekarang.

Indikatior MACD (14,22,3) terdiri daripada histogram dan garis isyarat. Apabila mereka menyilangi, ini adalah isyarat untuk memasuki pasaran. Adalah disarankan untuk menggunakan indiaktor ini dalam gabungan dengan garis arah aliran (saluran dan garis arah aliran).

Ucapan dan laporan penting (sentiasa terkandung dalam kalendar berita) boleh mempengaruhi pergerakan pasangan mata wang. Oleh itu, semasa penerbitan laporan, adalah disarankan untuk berdagang dengan lebih berhati-hati atau keluar dari pasaran untuk mengelakkan pembalikan harga yang mendadak terhadap pergerakan sebelumnya.

Pedagang baru Forex perlu memahami dengan lebih jelas bahawa tidak setiap dagangan harus menguntungkan. Pembangunan strategi yang jelas dan pengurusan wang adalah kunci kejayaan dalam daganganjangka panjang.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan