logo

FX.co ★ Pelan dagangan pasangan mata wang GBP/USD pada 10 Januari. Tip mudah untuk pedagang baru

Pelan dagangan pasangan mata wang GBP/USD pada 10 Januari. Tip mudah untuk pedagang baru

Menganalisis dagangan Selasa:

Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 1 Jam

Pelan dagangan pasangan mata wang GBP/USD pada 10 Januari. Tip mudah untuk pedagang baru

Pasangan mata wang GBP/USD diniagakan lemah pada penghujung Selasa. Ini bukan disebabkan oleh faktor fundamental atau makroekonomi. Oleh itu, pasangan mata wang ini telah bergerak dalam saluran mendatar yang luas selama beberapa minggu (jelas dilihat pada carta 4 Jam), tetapi pada carta 1 Jam, pergerakan ini muncul sebagai arah aliran kecil. Pada masa ini, harga telah menunjukkan kecenderungan kenaikan harga selama beberapa hari, tetapi dalam beberapa hari yang akan datang, ia mungkin sekali lagi menuju ke tahap 1.2613.

Walaupun berlaku pergerakan mendatar selama tiga minggu, pound Britain terus bergerak menghampiri taahap tinggi 5 bulan. Kami telah berulang kali menyatakan bahawa kami tidak melihat apa-apa sebab untuk pound mengekalkan pertumbuhannya, tetapi pasaran masih berkeras untuk membeli pound dan bukannya dolar AS. Akhir-akhir ini, jangkaan pasaran mengenai penurunan kadar Rizab Persekutuan (Fed) pertama pada bulan Mac mulai melemah, oleh yang demikian, secara teorinya, dolar AS akan mendapat sokongan dalam masa terdekat. Walau bagaimanapun, kami mengharapkan penurunan yang lebih signifikan pada pasangan ini daripada hanya ke arah 1.2613.

Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 5 Minit

Pelan dagangan pasangan mata wang GBP/USD pada 10 Januari. Tip mudah untuk pedagang baru

Hanya terdapat tiga isyarat dagangan yang telah dibentuk pada carta 5 Minit. Pasangan mata wang ini pada mulanya menembusi tahap 1.2725, kemudian melantun dari bawah (isyarat pendua), dan akhirnya, ia mencapai tahap 1.2688. Pedagang baru boleh membuka pesanan jual untuk dua isyarat dagangan pertama, yang membawa keuntungan hampir 15 pip. Lantunan dari tahap 1.2688 juga boleh didagangkan dengan pesanan beli, yang memberikan keuntungan lagi 15 pip. Volatiliti pasaran tidak terlalu tinggi, oleh itu, isyaratnya bukan kualiti terbaik, dan keuntungannya kecil.

Tip dagangan pada Rabu:

Pada carta 1 Jam, pasangan mata wang GBP/USD telah menembusi garis arah aliran dan kini, buat kali pertama dalam tempoh masa yang lama, mempunyai peluang sebenar untuk membentuk aliran menurun baharu. Walau bagaimanapun, pedagang gagal untuk menembusi tahap 1.2611 dalam tiga kali percubaan, jadi pergerakan menurun ditangguhkan sekali lagi. Pada masa ini, pound meningkat tanpa alasan yang jelas.

Pada Rabu, pedagang boleh menjangkakan lantunan harga dari garis arah aliran jangka pendek untuk pound, selepas itu kita boleh mempertimbangkan kemasukan pesanan beli dengan tahap 1.2787 sebagai sasaran. Kami masih ragu-ragu mengenai kenaikan pound, tetapi jika terdapat isyarat teknikal yang sesuai, mengapa tidak memperdagangkannya? Pengukuhan harga di bawah garis arah aliran akan membolehkan pedagang untuk mempertimbangkan kemasukan pesanan jual dengan sasaran terletak pada tahap 1.2611.

Tahap utama pada carta 5 Minit adalah seperti berikut; 1.2270, 1.2310, 1.2372-1.2387, 1.2457, 1.2502, 1.2544, 1.2605-1.2611, 1.2688, 1.2725, 1.2787-1.2791, 1.2848-1.2860, 1.2913, dan 1.2981-1.2993. Pada Rabu, Gabenor Bank of England Andrew Bailey dijadualkan akan berucap. Beliau telah mengumpulkan beberapa soalan mengenai dasar monetari, jadi kenyataannya mungkin mempunyai kesan yang kuat terhadap pasaran dan pound British.

Peraturan asas sistem dagangan:

1) Kekuatan isyarat dikira mengikut masa yang diambil untuk membentuk isyarat (melantun atau mengatasi tahap). Semakin sedikit masa yang diambil, semakin kuat isyaratnya.

2) Jika dua atau lebih tawaran dagangan dibuka berhampiran tahap tertentu berdasarkan isyarat palsu (yang tidak mencetuskan Take Profit atau tahap sasaran terdekat), maka semua isyarat berikutnya daripada tahap ini harus diabaikan.

3) Di kedudukan mendatar, mana-mana pasangan boleh membentuk banyak isyarat palsu atau tidak membentuknya sama sekali. Tetapi dalam apa jua keadaan, pada tanda-tanda awal mendatar, adalah lebih baik untuk berhenti berdagang.

4) Tawaran dagangan dibuka dalam tempoh masa antara permulaan sesi dagangan Eropah dan sehingga pertengahan sesi dagangan Amerika, apabila semua tawaran mesti ditutup secara manual.

5) Pada TF 30 minit, menggunakan isyarat daripada indikator MACD, anda boleh berdagang hanya jika terdapat volatiliti yang baik dan arah aliran, yang disahkan oleh garis arah aliran atau saluran aliran.

6) Jika dua tahap terletak terlalu dekat antara satu sama lain (dari 5 hingga 15 mata), maka ia harus dianggap sebagai kawasan sokongan atau rintangan.

Bagaimana untuk membaca carta:

Tahap Sokongan dan Rintangan ialah Tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan Take Profit berhampiran tahap ini.

Garis merah ialah saluran atau garis arah aliran yang memaparkan arah aliran semasa dan menunjukkan arah mana lebih baik untuk berdagang sekarang.

Indikatior MACD (14,22,3) terdiri daripada histogram dan garis isyarat. Apabila mereka menyilangi, ini adalah isyarat untuk memasuki pasaran. Adalah disarankan untuk menggunakan indiaktor ini dalam gabungan dengan garis arah aliran (saluran dan garis arah aliran).

Ucapan dan laporan penting (sentiasa terkandung dalam kalendar berita) boleh mempengaruhi pergerakan pasangan mata wang. Oleh itu, semasa penerbitan laporan, adalah disarankan untuk berdagang dengan lebih berhati-hati atau keluar dari pasaran untuk mengelakkan pembalikan harga yang mendadak terhadap pergerakan sebelumnya.

Pedagang baru Forex perlu memahami dengan lebih jelas bahawa tidak setiap dagangan harus menguntungkan. Pembangunan strategi yang jelas dan pengurusan wang adalah kunci kejayaan dalam perdagangan dalam jangka masa yang panjang.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan