logo

FX.co ★ Pelan dagangan pasangan mata wang GBP/USD pada 20 Disember. Tip mudah untuk pedagang baru

Pelan dagangan pasangan mata wang GBP/USD pada 20 Disember. Tip mudah untuk pedagang baru

Menganalisis dagangan Selasa:

Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 30 Minit

Pelan dagangan pasangan mata wang GBP/USD pada 20 Disember. Tip mudah untuk pedagang baru

Pasangan mata wang GBP/USD diniagakan lebih tinggi pada Selasa. Pound Britain terus jatuh pada Isnin, walaupun tidak ada alasan makroekonomi dan asas untuknya. Mata wang Britain menunjukkan pertumbuhan yang memberangsangkan pada Selasa, walaupun tidak ada alasan untuknya. Oleh itu, pound kini berubah-ubah berulang-alik, dan adalah hampir mustahil untuk meramalkan pergerakan ini. Aliran menaik kekal utuh, tetapi itu tidak bermakna pound boleh naik setiap hari. Kami masih percaya bahawa pilihan yang paling logik adalah untuk pasangan mata wang ini jatuh ke garis trend dan melepasinya.

Di UK, laporan menarik pertama akan dikeluarkan pada Rabu. Pada dua hari pertama dalam seminggu, terdapat beberapa ucapan oleh wakil Rizab Persekutuan dan Bank of England, tetapi mereka tidak melaporkan sesuatu yang sangat penting. Ini tidak menghairankan, kerana mesyuarat BoE dan Rizab Persekutuan (Fed) telah diadakan minggu lalu, dan pasaran menerima semua maklumat yang diperlukan. Diingatkan bahawa pendirian BoE jauh lebih "hawkish" pada minggu lalu, yang mencetuskan kenaikan pound. Tetapi minggu ini, pound tidak mempunyai sebarang sebab untuk mengukuh, jadi ia kekal sebagai misteri mengapa pasangan mata wang ini diniagakan lebih tinggi.

Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 5 Minit

Pelan dagangan pasangan mata wang GBP/USD pada 20 Disember. Tip mudah untuk pedagang baru

Pada carta 5 Minit, tiga isyarat dagangan telah dibentuk. Pound mula meningkat pada awal pagi. Tahap pertama untuk dicapai ialah 1.2688, di mana pedagang baru boleh membuka pesanan beli. Selepas itu, ia melepasi tahap 1.2723, dan harga kekal di atas tahap ini untuk sepanjang hari. Pesanan beli boleh ditutup secara manual pada sebelah petang, kerana tidak ada isyarat untuk kemasukan pesanan jual. Keuntungan adalah sekitar 40 pip.

Tip dagangan pada Rabu:

Pada carta 1 Jam, pasangan mata wang GBP/USD telah meneruskan aliran menaik, tetapi sukar untuk menjawab mengapa pasangan GBP/USD bergerak dengan cara ini. Minggu lalu, pound Britain mempunyai alasan khusus untuk meningkat, tetapi ia tidak lagi mempunyai alasan minggu ini. Dan tidak mungkin pasangan mata wang ini akan mendapat alasan sedemikian pada minggu ini, oleh yang demikian, adalah logik untuk pasangan mata wang ini kembali berdagang ke tahap 1.2502.

Pada Rabu, kami menasihati anda untuk memantau tahap 1.2725 dan kawasan 1.2787-1.2791 dengan teliti. Sekiranya harga mengukuh di bawah tahao yang pertama, ini akan menjadi alasan untuk menjual pasangan dengan tahap 1.2611 sebagai sasaran. Sekiranya pasangan mata wang ini melantun dari kawasan 1.2787-1.2791, ini juga akan menjadi alasan untuk membuka pesanan jual. Anda boleh membuka pesanan beli apabila pasangan melantun dari tahap 1.2725 dari atas dengan tahap 1.2787-1.2791 sebagai sasaran.

Tahap utama pada carta 5 Minit adalah 1.2270, 1.2310, 1.2372-1.2387, 1.2457, 1.2502, 1.2544, 1.2605-1.2611, 1.2688, 1.2725, 1.2787-1.2791, 1.2848-1.2860, 1.2913. Pada Rabu, laporan penting pertama minggu ini akan dikeluarkan di UK - angka inflasi November. Laporan inflasi UK dikeluarkan dengan hanya satu anggaran, jadi reaksi pasaran harus ketara. Sekiranya inflasi mencatatkan penurunan yang lebih tinggi berbanding ramalan, maka ia akan menjadi peluang bagi kita untuk menjangkakan penurunan harga. Sekiranya inflasi lebih tinggi berbanding ramalan, pound cenderung untuk melanjutkan pertumbuhan harga.

Peraturan asas sistem dagangan:

1) Kekuatan isyarat dikira mengikut masa yang diambil untuk membentuk isyarat (melantun atau mengatasi tahap). Semakin sedikit masa yang diambil, semakin kuat isyaratnya.

2) Jika dua atau lebih tawaran dagangan dibuka berhampiran tahap tertentu berdasarkan isyarat palsu (yang tidak mencetuskan Take Profit atau tahap sasaran terdekat), maka semua isyarat berikutnya daripada tahap ini harus diabaikan.

3) Di kedudukan mendatar, mana-mana pasangan boleh membentuk banyak isyarat palsu atau tidak membentuknya sama sekali. Tetapi dalam apa jua keadaan, pada tanda-tanda awal mendatar, adalah lebih baik untuk berhenti berdagang.

4) Tawaran dagangan dibuka dalam tempoh masa antara permulaan sesi dagangan Eropah dan sehingga pertengahan sesi dagangan Amerika, apabila semua tawaran mesti ditutup secara manual.

5) Pada TF 30 minit, menggunakan isyarat daripada indikator MACD, anda boleh berdagang hanya jika terdapat volatiliti yang baik dan arah aliran, yang disahkan oleh garis arah aliran atau saluran aliran.

6) Jika dua tahap terletak terlalu dekat antara satu sama lain (dari 5 hingga 15 mata), maka ia harus dianggap sebagai kawasan sokongan atau rintangan.

Bagaimana untuk membaca carta:

Tahap Sokongan dan Rintangan ialah Tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan Take Profit berhampiran tahap ini.

Garis merah ialah saluran atau garis arah aliran yang memaparkan arah aliran semasa dan menunjukkan arah mana lebih baik untuk berdagang sekarang.

Indikatior MACD (14,22,3) terdiri daripada histogram dan garis isyarat. Apabila mereka menyilangi, ini adalah isyarat untuk memasuki pasaran. Adalah disarankan untuk menggunakan indiaktor ini dalam gabungan dengan garis arah aliran (saluran dan garis arah aliran).

Ucapan dan laporan penting (sentiasa terkandung dalam kalendar berita) boleh mempengaruhi pergerakan pasangan mata wang. Oleh itu, semasa penerbitan laporan, adalah disarankan untuk berdagang dengan lebih berhati-hati atau keluar dari pasaran untuk mengelakkan pembalikan harga yang mendadak terhadap pergerakan sebelumnya.

Pedagang baru Forex perlu memahami dengan lebih jelas bahawa tidak setiap dagangan harus menguntungkan. Pembangunan strategi yang jelas dan pengurusan wang adalah kunci kejayaan dalam perdagangan dalam jangka masa yang panjang.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan