logo

FX.co ★ Analisis dan tip dagangan untuk pasangan mata wang USD/JPY pada 13 Disember

Analisis dan tip dagangan untuk pasangan mata wang USD/JPY pada 13 Disember

Analisis dan tip dagangan untuk pasangan mata wang USD/JPY

Pertumbuhan selanjutnya menjadi terhad kerana ujian harga pada tahap 145.69 bertepatan dengan pergerakan menaik yang keatra dari garis MACD. Data inflasi AS yang mengelirukan juga menyumbang kepada pergerakan terhenti, terutamanya sejak angka itu meningkat pada asas bulanan, manakala pada asas tahunan ia menurun, yang sudah pasti akan mempengaruhi keputusan Fed mengenai kadar faedah pada hari ini.

Ujian kedua pada tahap 145.69 berlaku ketika garis MACD memasuki ke kawasan overbought (terlebih beli), memprovokasi kemasukan isyarat jual. Akibatnya, pasangan mata wang ini jatuh sekitar 20 pip.

Walaupun laporan mengenai aktiviti pembuatan dan bukan pembuatan Jepun menyebabkan sedikit peningkatan dalam yen, ia tidak menjejaskan keseimbangan kuasa pasaran. Kemungkinan besar, arah pergerakan untuk pasangan mata wang USD/JPY akan bergantung kepada keputusan yang dibuat oleh Rizab Persekutuan (Fed). Tindakan mengekalkan dasar yang ketat akan mendorong kepada pertumbuhan dolar AS dan penurunan yen.

Analisis dan tip dagangan untuk pasangan mata wang USD/JPY pada 13 Disember

Untuk pesanan membeli:

Buka pesanan membeli setelah harga mencapai tahap 146.08 (garis hijau pada carta) dan menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 146.48. Pertumbuhan harga akan berlaku hanya jika Fed mengekalkan pendirian yang ketat terhadap dasar monetari.

Apabila membeli, sila pastikan garis MACD terletak di atas sifar atau naik daripadanya. Juga pertimbangkan untuk membuka pesanan beli pasangan USD/JPY selepas dua ujian harga berturut-turut pada tahap 145.71, tetapi garis MACD harus berada di kawasan yang terlebih jual (oversold), kerana hanya dengan itu pasaran akan ditarik semula ke tahap 146.08 dan 146.48.

Untuk pesanan menjual:

Buka pesanan menjual setelah harga mencapai tahap 145.71 (garis merah pada carta) dan menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 145.05. Tekanan akan meningkat jika Fed mengubah pendapatnya kepada tindakan menurunkan kadar faedah tahun hadapan.

Apabila menjual, psila pastikan garis MACD terletak di bawah sifar atau menurun daripadanya. Juga pertimbangkan untuk membuka pesanan jual pasangan USD/JPY selepas dua ujian harga berturut-turut pada tahap 146.08, tetapi garis MACD harus berada di kawasan terlebih beli (overbought), kerana hanya dengan itu, pasaran akan ditarik semula ke tahap 145.71 dan 145.05.

Analisis dan tip dagangan untuk pasangan mata wang USD/JPY pada 13 Disember

Apakah yang terdapat pada carta:

Garis halus hijau - tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan beli pasangan mata wang USD/JPY

Garis tebal hijau - anggaran harga di mana anda boleh menetapkan pesanan Take-Profit (TP) atau menetapkan keuntungan secara manual, kerana pertumbuhan selanjutnya di atas tahap ini adalah tidak mungkin.

Garis halus merah - tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan jual pasangan mata wang USD/JPY

Garis tebal merah - anggaran harga di mana anda boleh menetapkan pesanan Take-Profit (TP) atau menetapkan keuntungan secara manual, kerana penurunan selanjutnya di bawah tahap ini adalah tidak mungkin.

Garis MACD - ketika memasuki pasaran, penting untuk dijadikan panduan oleh zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baharu perlu lebih berhati-hati apabila membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum penerbitan laporan penting, tindakan yang terbaik adalah kekal berada di luar pasaran untuk mengelakkan terperangkap dalam turun naik yang mendadak dalam kadar. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa penerbitan berita, pastikan sentiasa membuat pesanan berhenti (Stop Loss) untuk mengurangkan kerugian. Tanpa membuat pesanan berhenti, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dengan cepat, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan melaksanakan dagangan dengan jumlah besar.

Dan perlu diingatkan selalu bahawa untuk dagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai rancangan dagangan yang jelas. Keputusan dagangan spontan dan tiada rancangan yang terperinci berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kehilangan yang berterusan untuk pedagang intraday.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan