logo

FX.co ★ Analisis dan tip dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 14 September

Analisis dan tip dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 14 September

Analisis transaksi dan tip dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD

Ujian harga 1.2485 pada Rabu petang, adalah bertepatan dengan kenaikan garis MACD daripada sifar, mendorong isyarat kemasukan pesanan beli yang menyebabkan kenaikan harga sekitar 20 pip. Tekanan juga berkurangan apabila data inflasi AS terkini mencatatkan bacaan yang sepadan dengan ramalan, menunjukkan penurunan dalam tekanan harga, yang berkemungkinan akan menjejaskan rancangan masa depan Fed mengenai kadar faedah. Kalendar makroekonomi kosong di UK hari ini juga akan mendorong kepada kesinambungan kenaikan harga, tetapi pergerakan yang lebih kuat akan berlaku pada sebelah petang, apabila laporan utama lain dari AS dikeluarkan.

Analisis dan tip dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 14 September

Untuk pesanan membeli:

Buka pesanan membeli pound setelah harga mencapai tahap 1.2505 (garis hijau pada carta) dan menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.2555 (garis hijau tebal pada carta). Pertumbuhan ahrga akan berlaku selepas pasangan mata wang ini menembusi tahap tinggi semalam. Walau bagaimanapun, semasa membeli, sila pastikan garis MACD terletak di atas sifar atau naik daripadanya.

Pound juga boleh dibeli selepas dua ujian harga berturut-turut pada tahap 1.2472, tetapi garis MACD harus berada di kawasan yang terlebih jual (oversold), kerana hanya dengan itu pasaran akan ditarik semula kepada tahap 1.2505 dan 1.2555.

Untuk pesanan menjual:

Buka pesanan menjual pound setelah harga mencapai tahap 1.2472 (garis merah pada carta) dan menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.2425. Tekanan akan meningkat sekiranya berlaku ketidakaktifan kenaikan harga pada tahap tinggi harian. Walau bagaimanapun, apabila menjual, sila pastikan garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun daripadanya.

Pound juga boleh dijual selepas dua ujian harga berturut-turut pada tahap 1.2505, tetapi garis MACD harus berada di kawasan terlebih beli (overbought), kerana hanya dengan itu, pasaran akan ditarik semula kepada tahap 1.2472 dan 1.2425.

Analisis dan tip dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 14 September

Apakah yang terdapat pada carta:

Garis halus hijau - titik masuk harga di mana anda boleh membeli pasangan GBP/USD

Garis tebal hijau tebal - anggaran harga di mana anda boleh menetapkan Ambil Untung (TP) atau menetapkan keuntungan secara manual, kerana pertumbuhan selanjutnya di atas paras ini tidak mungkin.

Garis halus merah - harga kemasukan di mana anda boleh menjual pasangan GBP/USD

Garis tebal merah - anggaran harga di mana anda boleh menetapkan Ambil Untung (TP) atau menetapkan keuntungan secara manual, kerana penurunan selanjutnya di bawah paras ini tidak mungkin.

Garisan MACD- adalah penting untuk berpandukan oleh kawasan terlebih beli dan terlebih jual apabila memasuki pasaran

Penting: Pedagang baharu perlu lebih berhati-hati apabila membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum penerbitan laporan penting, tindakan yang terbaik adalah kekal berada di luar pasaran untuk mengelakkan terperangkap dalam turun naik yang mendadak dalam kadar. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa penerbitan berita, pastikan sentiasa membuat pesanan berhenti (Stop Loss) untuk mengurangkan kerugian. Tanpa membuat pesanan berhenti, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dengan cepat, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan melaksanakan dagangan dengan jumlah besar.

Dan perlu diingatkan selalu bahawa untuk dagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai rancangan dagangan yang jelas. Keputusan dagangan spontan dan tiada rancangan yang terperinci berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kehilangan yang berterusan untuk pedagang intraday.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan