logo

FX.co ★ Analisis dan tip dagangan untuk pasangan mata wang USD/JPY pada 28 Ogos

Analisis dan tip dagangan untuk pasangan mata wang USD/JPY pada 28 Ogos

Analisis transaksi dan tip dagangan untuk pasangan mata wang USD/JPY

Ujian harga pada tahap 146.25, adalah bertepatan dengan kenaikan garis MACD daripada sifar, mendorong isyarat kemasukan pesanan beli dan membawa kepada kenaikan harga lebih 40 pip.

Kemerosotan Yen berlanjutan pada Jumaat lalu disebabkan oleh kenyataan "hawkish" oleh Pengerusi Fed Jerome Powell. Ia telah menyebabkan pasangan mata wang USD/JPY meningkat dengan kuat, menunjukkan arah aliran kenaikan harga pasangan mata wang ini. Walaupun pemain pasaran tidak mengendahkan data mengenai penunjuk ekonomi utama di Jepun, pasangan mata wang itu gagal mencapai tahap tinggi semalam.

Analisis dan tip dagangan untuk pasangan mata wang USD/JPY pada 28 Ogos

Untuk pesanan membeli:

Buka pesanan membeli setelah harga mencapai tahap 146.52 (garis hijau pada carta) dan menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 147.06. Pertumbuhan selanjutnya mungkin berlaku, terutamanya berikutan ucapan "hawkish" Powell pada Jumaat lalu. Walau bagaimanapun, semasa membeli, sila pastikan garis MACD terletak di atas sifar atau naik daripadanya.

Juga pertimbangkan untuk membuka pesanan beli pasangan USD/JPY selepas dua ujian harga berturut-turut pada tahap 146.15, namun, garis MACD harus berada di kawasan yang terlebih jual (oversold), kerana hanya dengan itu pasaran akan ditarik semula kepada tahap 146.52 dan 147.06.

Untuk pesanan menjual:

Buka pesanan menjual setelah harga mencapai tahap 146.15 (garis merah pada carta) dan menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 145.66. Tekanan akan kembali sekiranya ia menembusi tahap 146.15. Walau bagaimanapun, semasa menjual, sila pastikan garis MACD terletak di bawah sifar atau menurun daripadanya.

Juga pertimbangkan untuk membuka pesanan jual pasangan USD/JPY selepas dua ujian harga berturut-turut pada tahap 146.52,namun garis MACD harus berada di kawasan terlebih beli (overbought), kerana hanya dengan itu, pasaran akan ditarik semula kepada tahap 146.15 dan 145.66.

Analisis dan tip dagangan untuk pasangan mata wang USD/JPY pada 28 Ogos

Apakah yang terdapat pada carta:

Garis halus hijau - tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan beli pasangan mata wang USD/JPY

Garis tebal hijau - anggaran harga di mana anda boleh menetapkan pesanan Take-Profit (TP) atau menetapkan keuntungan secara manual, kerana pertumbuhan selanjutnya di atas tahap ini adalah tidak mungkin.

Garis halus merah - tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan jual pasangan mata wang USD/JPY

Garis tebal merah - anggaran harga di mana anda boleh menetapkan pesanan Take-Profit (TP) atau menetapkan keuntungan secara manual, kerana penurunan selanjutnya di bawah tahap ini adalah tidak mungkin.

Garis MACD - ketika memasuki pasaran, penting untuk dijadikan panduan oleh zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baharu perlu lebih berhati-hati apabila membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum penerbitan laporan penting, tindakan yang terbaik adalah kekal berada di luar pasaran untuk mengelakkan terperangkap dalam turun naik yang mendadak dalam kadar. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa penerbitan berita, pastikan sentiasa membuat pesanan berhenti (Stop Loss) untuk mengurangkan kerugian. Tanpa membuat pesanan berhenti, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dengan cepat, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan melaksanakan dagangan dengan jumlah besar.

Dan perlu diingatkan selalu bahawa untuk dagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai rancangan dagangan yang jelas. Keputusan dagangan spontan dan tiada rancangan yang terperinci berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kehilangan yang berterusan untuk pedagang intraday.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan