logo

FX.co ★ Pelan dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 28 Ogos. Tip dagangan mudah untuk pedagang baru

Pelan dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 28 Ogos. Tip dagangan mudah untuk pedagang baru

Menganalisis dagangan Jumaat:

Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 30 Minit

Pelan dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 28 Ogos. Tip dagangan mudah untuk pedagang baru

Pada Jumaat lalu, pasangan mata wang GBP/USD cuba untuk memulakan pembetulan tetapi goyah sebelum mencapai tahap 1.2620. Tahap ini telah lama berperanan sebagai had bawah saluran mendatar dan kini, seperti yang kita lihat, ia menentang harga dari atas. Walau bagaimanapun, pada Jumaat, pergerakan pasangan mata wang ini sebahagian besarnya bergantung kepada latar belakang fundamental. Pada asasnya, satu-satunya peristiwa penting pada hari itu ialah ucapan Pengerusi Simpanan Persekutuan Jerome Powell di simposium Jackson Hole, di mana beliau mengumumkan bahawa kadar itu berpotensi dinaikkan sekali lagi dalam mesyuarat berikutnya.

Pada asasnya, kata-kata ini selaras sepenuhnya dengan rancangan umum Fed, yang memperlahankan kadar pengetatan monetarinya kepada satu kenaikan setiap dua mesyuarat beberapa bulan lalu. Oleh itu, jika inflasi AS tidak menjunam pada akhir bulan Ogos, kita mungkin melihat jeda pada bulan September. Namun begitu, pendirian Powell masih boleh disifatkan sebagai "hawkish", sekaligus menyebabkan dolar AS mengukuh pada separuh kedua hari itu.

Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 5 Minit

Pelan dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 28 Ogos. Tip dagangan mudah untuk pedagang baru

Beberapa isyarat dagangan pada carta 5 minit, tetapi ia sangat mencabar untuk bertindak kerana volatiliti pasaran yang meningkat semasa ucapan Powell, menjadikannya sukar untuk menentukan masa dagangan. Pada dasarnya, tiada satu pun isyarat yang sepatutnya diambil tindakan. Isyarat penjualan pertama di sekitar tahap 1.2605-1.2620 terbentuk setengah jam sebelum ucapan Powell, menjadikannya berisiko untuk memasuki pasaran. Isyarat penjualan seterusnya telah dibentuk di kawasan yang sama dan sekitar tahap 1.2653. Memandangkan pendirian "hawkish" Powell, seseorang boleh membuka pesanan jual, tetapi seperti yang diulangi, ia secara umumnya mencabar untuk bertindak tepat pada masanya. Mereka yang berjaya membuka pesanan jual telah memperoleh keuntungan yang sederhana.

Tip dagangan pada hari Isnin:

Pada carta 30 minit, pasangan mata wang GBP/USD telah menembusi keluar dari saluran mendatar dan kini cenderung untuk meneruskan pergerakan menurun. Kami masih memihak kepada kecenderungan penurunan seterusnya dalam pound British, percaya ia kini terlebih beli (overbought) dan tidak wajar harganya. Latar belakang makroekonomi akan menjadi agak kuat, oleh yang demikian, pound berpotensi untuk bergerak ke mana-mana arah. Tahap utama pada carta 5 Minit ialah 1.2372, 1.2457, 1.2488, 1.2543, 1.2605-1.2620, 1.2653, 1.2688, 1.2748, 1.2787-1.2791. Sebaik sahaja harga bergerak 20 pip ke arah yang betul selepas membuka dagangan, anda boleh menetapkan pesanan Stop Loss pada titik pulang modal. Pada Isnin, tiada apa-apa yang patut diberi perhatian yang dijadualkan di UK dan AS. Tidak akan ada sebarang laporan atau acara fundamental untuk bertindak balas pada siang hari, jadi volatiliti pasaran mungkin menyusut semula.

Peraturan asas sistem dagangan:

1) Kekuatan isyarat dikira mengikut masa yang diambil untuk membentuk isyarat (melantun atau mengatasi tahap). Semakin sedikit masa yang diambil, semakin kuat isyaratnya.

2) Jika dua atau lebih tawaran dagangan dibuka berhampiran tahap tertentu berdasarkan isyarat palsu (yang tidak mencetuskan Take Profit atau tahap sasaran terdekat), maka semua isyarat berikutnya daripada tahap ini harus diabaikan.

3) Di kedudukan mendatar, mana-mana pasangan boleh membentuk banyak isyarat palsu atau tidak membentuknya sama sekali. Tetapi dalam apa jua keadaan, pada tanda-tanda awal mendatar, adalah lebih baik untuk berhenti berdagang.

4) Tawaran dagangan dibuka dalam tempoh masa antara permulaan sesi dagangan Eropah dan sehingga pertengahan sesi dagangan Amerika, apabila semua tawaran mesti ditutup secara manual.

5) Pada TF 30 minit, menggunakan isyarat daripada indikator MACD, anda boleh berdagang hanya jika terdapat volatiliti yang baik dan arah aliran, yang disahkan oleh garis arah aliran atau saluran aliran.

6) Jika dua tahap terletak terlalu dekat antara satu sama lain (dari 5 hingga 15 mata), maka ia harus dianggap sebagai kawasan sokongan atau rintangan.

Bagaimana untuk membaca carta:

Tahap Sokongan dan Rintangan ialah Tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan Take Profit berhampiran tahap ini.

Garis merah ialah saluran atau garis arah aliran yang memaparkan arah aliran semasa dan menunjukkan arah mana lebih baik untuk berdagang sekarang.

Indikatior MACD (14,22,3) terdiri daripada histogram dan garis isyarat. Apabila mereka menyilangi, ini adalah isyarat untuk memasuki pasaran. Adalah disarankan untuk menggunakan indiaktor ini dalam gabungan dengan garis arah aliran (saluran dan garis arah aliran).

Ucapan dan laporan penting (sentiasa terkandung dalam kalendar berita) boleh mempengaruhi pergerakan pasangan mata wang. Oleh itu, semasa penerbitan laporan, adalah disarankan untuk berdagang dengan lebih berhati-hati atau keluar dari pasaran untuk mengelakkan pembalikan harga yang mendadak terhadap pergerakan sebelumnya.

Pedagang baru Forex perlu memahami dengan lebih jelas bahawa tidak setiap dagangan harus menguntungkan. Pembangunan strategi yang jelas dan pengurusan wang adalah kunci kejayaan dalam perdagangan dalam jangka masa yang panjang.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan