logo

FX.co ★ Analisis dan tip dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 23 Ogos

Analisis dan tip dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 23 Ogos

Analisis transaksi dan tip dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD

Pada mulanya, penurunan selanjutnya menjadi terhad kerana ujian harga pada tahap 1.0882 bertepatan dengan kejatuhan ketara garis MACD daripada sifar. Walau baagaimanapun, pada sebelah petang, pasangan mata wang ini terus menurun walaupun berlaku ujian harga kedua 1.0882 yang mendorong isyarat untuk kemasukan pesanan beli disebabkan garis MACD menuju ke kawasan terlebih jual (oversold).

Analisis dan tip dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 23 Ogos

Kenyataan "Hawkish" oleh wakil Fed mencetuskan kebimbangan terhadap penerusan dasar monetari yang agresif oleh bank pusat. Ini membawa kepada penurunan dalam pasangan mata wang EUR/USD.

Banyak data penting menanti. Kemerosotan dalam aktiviti perniagaan dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan zon Eropah cenderung untuk membawa kepada penurunan dalam keseluruhan indeks PMI komposit, menambah lebih banyak tekanan ke atas euro. Tetapi jika data ternyata lebih baik daripada yang dijangkakan, euro akan mempunyai peluang untuk pulih.

Untuk pesanan membeli:

Buka pesanan membeli euro ketika harga mencapai tahap 1.0866 (garis hijau pada carta) dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.0888. Pertumbuhan akan berlaku selepas data PMI yang sangat baik dari zon Eropah. Walau bagaimanapun, adalah diingatkan bahawa sebelum anda membuka pesanan membeli, sila pastikan garis MACD berada di atas sifar atau mula bergerak naik daripadanya.

Terdapat juga kemungkinan untuk membuka pesanan membeli euro selepas dua ujian harga berturut-turut pada tahap 1.0852, walau bagaimanapun, garis MACD seharusnya berada di kawasan yang terlebih jual (oversold), kerana hanya dengan itu pasaran akan ditarik semula kepada tahap 1.0866 dan 1.0888.

Untuk pesanan menjual:

Buka pesanan menjual euro ketika harga mencapai tahap 1.0852 (garis merah pada carta) dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.0825. Tekanan akan meningkat sekiranya indikator makroekonomi di zon Eropah melemah. Walau bagaimanapun, adalah diingatkan bahawa sebelum anda membuka pesanan menjual, sila pastikan bahawa garis MACD berada di bawah sifar atau mula bergerak turun daripadanya.

Terdapat juga kemungkinan untuk membuka pesanan menjual euro selepas dua ujian harga berturut-turut pada tahap 1.0866, walau bagaimanapun garis MACD seharusnya berada di kawasan terlebih beli (overbought), kerana hanya dengan itu pasaran akan ditarik semula kepada tahap 1.0852 dan 1.0825.

Analisis dan tip dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 23 Ogos

Apakah yang terdapat pada carta:

Garis halus hijau - harga kemasukan di mana anda boleh membeli EUR/USD

Garis tebal hijau - anggaran harga di mana anda boleh menetapkan Ambil Untung (TP) atau menetapkan keuntungan secara manual, kerana pertumbuhan selanjutnya di atas paras ini tidak mungkin.

Garis halus merah - harga kemasukan di mana anda boleh menjual EUR/USD

Garis tebal merah - anggaran harga di mana anda boleh menetapkan Ambil Untung (TP) atau menetapkan keuntungan secara manual, kerana penurunan selanjutnya di bawah paras ini tidak mungkin.

Garis MACD- adalah penting untuk dipandu oleh kawasan terlebih beli dan terlebih jual apabila memasuki pasaran

Penting: Pedagang baru harus sangat berhati-hati ketika membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, adalah lebih baik berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam volatiliti kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, anda perlu selalu menetapkan Stop order untuk mengurangkan kerugian. Jika tidak, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dalam sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan memperdagangkan jumlah besar.

Dan penting juga untuk diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai pelan perdagangan yang jelas. Keputusan perdagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian untuk pedagang harian.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan