logo

FX.co ★ Tinjauan dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 18 Ogos. Laporan COT. Pound masih diniagakan dalam saluran mendatar

Tinjauan dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 18 Ogos. Laporan COT. Pound masih diniagakan dalam saluran mendatar

Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 5 Minit

Tinjauan dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 18 Ogos. Laporan COT. Pound masih diniagakan dalam saluran mendatar

Pasangan mata wang GBP/USD diniagakan lebih tinggi pada Khamis, berbeza dengan pasangan mat awang EUR/USD, yang menyaksikan pertumbuhan. Volatiliti sedikit meningkat, tetapi ini tidak mengubah fakta bahawa pasangan mata wang ini masih berdagang dalam saluran mendatar. Pasangan mata wang ini berpotensi untuk bergerak ke mana-mana arah dalam saluran sedemikian, jadi ia boleh menjadi agak tidak menentu. Memandangkan jalur bawah saluran ini ialah sasaran terakhir, adalah masuk akal bahawa pasangan mata wang kini bergerak ke arah jalur atas. Pasangan mata ang ini tidak memerlukan sebarang latar belakang makroekonomi atau fundamental untuk pergerakan ini. Dan tidak seperti semalam, kerana tiada apa yang perlu diberi perhatian kecuali laporan neutral mengenai tuntutan pengangguran AS. Akibatnya, kami sedang memerhatikan pergerakan teknikal semata-mata dalam trend mendatar.

Sementara itu, isyarat teknikal semalam boleh dikatakan ideal, terutamanya pada separuh pertama hari itu. Garis Kijun-sen perlu dilaraskan apabila ia bergerak ke tahap 1.2700 pada siang hari. Pasangan mata wang ini melantun daripada tahap ini semasa sesi dagangan Eropah. Selepas itu, ia memulakan pergerakan menaik yang agak kuat, mengatasi garis Senkou Span B, dan mencapai tahap 1.2786, di mana pedagang sepatutnya mengambil keuntungan. Keuntungan adalah sekitar 60 pip. Lantunan harga daripada tahap 1.2786 juga sepatutnya telah dilaksanakan menggunakan pesanan jual. Harga mula jatuh, mengatasi garis Senkou Span B sekali lagi, dan tiada isyarat beli. Oleh itu, kemasukan pesanan jual sepatutnya ditutup secara manual menjelang sesi dagangan petang. Keuntungan untuk pesanan ini adalah sekitar 35 pip.

Laporan COT:

Tinjauan dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 18 Ogos. Laporan COT. Pound masih diniagakan dalam saluran mendatar

Menurut laporan terbaru, kumpulan peniaga bukan komersial telah menutup sebanyak 8,900 pesanan beli dan 6,300 pesanan jual. Oleh itu, kedudukan bersih peniaga bukan komersial jatuh hampir 2,600 dalam seminggu. Kedudukan bersih semakin meningkat sejak 11 bulan lalu serta pound sterling. Kini, kedudukan bersih telah meningkat dengan ketara. Inilah sebabnya mengapa pasangan mata wang ini sukar mengekalkan momentum kenaikan harganya. Saya percaya bahawa pergerakan menurun yang panjang dan berlarutan harus bermula. Laporan COT menandakan sedikit pertumbuhan mata wang British tetapi ia tidak akan dapat meningkat dalam jangka panjang. Tiada pemacu untuk membuka pesanan beli baharu. Perlahan-lahan, isyarat jual muncul pada carta 4 Jam dan 24 Jam.

Mata wang British telah pun meningkat sebanyak 2,800 pip, daripada tahap terendah mutlaknya yang dicapai tahun lepas, iaitu peningkatan yang ketara. Tanpa pembetulan menurun, kesinambungan aliran menaik akan menjadi tidak logik. Walau bagaimanapun, tidak ada yang logik dalam pergerakan pasangan mata wang ini untuk sekian lama. Pasaran melihat latar belakang fundamental secara berat sebelah, mengabaikan sebarang data yang memihak kepada dolar AS. Kumpulan peniaga bukan komersial mempunyai sejumlah 83,200 pesanan beli dan 36,200 pesanan jual. Saya masih ragu-ragu tentang pertumbuhan jangka panjang pound sterling, dan pasaran baru-baru ini mula memberi perhatian kepada pesanan jual.

Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 1 Jam

Tinjauan dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 18 Ogos. Laporan COT. Pound masih diniagakan dalam saluran mendatar

Pada carta 1 Jam, pasangan mata wang pound/dolar AS masin diniagakan dalam saluran mendatar. Saluran telah sedikit menaik, jadi trend mendatar itu belum berakhir. Indikator garisIchimoku kini lemah, tetapi ia berfungsi dengan baik di pasaran semalam. Walau bagaimanapun, isyarat palsu dan tidak tepat mungkin terbentuk di sekelilingnya. Hari ini, pasangan mata wang ini berpotensi untuk naik ke tahap 1.2807 atau bergerak ke tahap yang lebih rendah.

Pada 18 Ogos, pedagang harus memberi perhatian kepada tahap utama berikut: 1.2520, 1.2605-1.2620, 1.2693, 1.2786, 1.2863, 1.2981-1.2987, 1.3050. Garis Senkou Span B (1.2807) dan Kijun-sen (1.2700) juga boleh menjadi sumber isyarat, cth. lantunan dan penembusan harga pada tahap dan garis ini. Adalah disyorkan untuk menetapkan pesanan Stop Loss pada tahap pulang modal apabila harga bergerak ke arah yang betul sebanyak 20 pip. Indikator garis Ichimoku boleh bergerak pada siang hari, yang harus diambil kira semasa menentukan isyarat dagangan. Terdapat tahap sokongan dan rintangan yang boleh digunakan untuk mengunci keuntungan.

Pada Jumaat, UK dijadualkan akan mengeluarkan laporan mengenai jualan runcit. Tiada apa-apa yang dijadualkan untuk UK. Oleh itu, makroekonomi tidak akan mempunyai kesan yang ketara pada pergerakan pasangan mata wang pada hari ini, dan harga mungkin akan diniagakan dalam saluran mendatar.

Huraian carta:

Tahap harga sokongan dan rintangan adalah garis merah tebal, berhampiran yang pergerakan mungkin berakhir. Mereka tidak menyediakan isyarat dagangan.

Garis Kijun-sen dan Senkou Span B ialah garisan indikator Ichimoku, dipindahkan ke carta satu jam daripada 4 jam. Mereka adalah garis yang kuat.

Tahap ekstrem ialah garis merah nipis dari mana harga melantun lebih awal. Mereka menyediakan isyarat dagangan.

Garis kuning ialah garis arah aliran, saluran aliran dan sebarang corak teknikal lain.

Indikator 1 pada carta COT menggambarkan saiz kedudukan bersih bagi setiap kategori pedagang.

Indikator 2 pada carta COT menggambarkan saiz kedudukan bersih untuk kumpulan bukan komersial

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan