logo

FX.co ★ Bitcoin: tip dagangan mudah untuk pedagang baru pada 16 Ogos. Analisis dagangan pasaran kripto semalam

Bitcoin: tip dagangan mudah untuk pedagang baru pada 16 Ogos. Analisis dagangan pasaran kripto semalam

Tip untuk berdagang BTC

Ujian harga pertama pada tahap $29,403 berlaku apabila MACD berada di dalam zon positif. Walau bagaimanapun, pertumbuhan Bitcoin adalah terhad sebagaimana indikator telah mencapai tahap tinggi hariannya. Ujian kedua pada tahap $29,403 berlaku tidak lama selepas itu, kerana MACD menurun daripada tahap terlebih beli (overbought), mengesahkan isyarat untuk penurunan Bitcoin mengikut senario 2. Ini membawa kepada pergerakan menurun menghampiri ke tahap $29,230.Bitcoin: tip dagangan mudah untuk pedagang baru pada 16 Ogos. Analisis dagangan pasaran kripto semalam

Kekurangan berita penting dan aktiviti Bitcoin yang perlahan berikutan satu lagi percubaan yang tidak berjaya untuk menembusi tahap $30,000 mengekalkan ketidakpastian yang ketara mengenai pergerakan masa hadapan. Terutama, volatiliti BTC mencecah tahap rendah sepanjang masa, berhenti pada 15.52%. Tahap rendah sebelumnya dicatatkan pada 18.91% pada 12 Januari 2018. Volatiliti yang rendah terikat dengan kebimbangan pelabur tentang masa depan ekonomi global, yang mungkin perlahan dengan ketara pada separuh kedua, menghalang pembeli aset berisiko. Walaupun begitu, saya merancang untuk mendasarkan dagangan saya pada pembangunan senario 1 tetapi menjangkakan pergerakan menurun.

Isyarat beli

Senario 1: Hari ini seseorang boleh membeli Bitcoin apabila titik masuk sekitar $29,235 (garis hijau pada carta) dicapai, menyasarkan kenaikan kepada $29,434 (garis hijau lebih tebal pada carta). Adalah lebih baik untuk menutup pesanan beli berhampiran $29,434 dan membuka pesanan jual. Menjangkakan pertumbuhan Bitcoin yang besar hari ini bergantung pada protokol lembut daripada mesyuarat Rizab Persekutuan (Fed) pada Julai. Penting! Sebelum anda membuka pesanna membeli, sila pastikan indikator MACD berada di atas paras sifar.

Senario No.2: anda juga boleh membuka pesanan beli hari ini sekiranya terdapat dua ujian harga berturut-turut pada tahap $29,080. Ini akan mengehadkan potensi kejatuhan instrumen dagangan dan mencetuskan pembalikan menaik pasaran. Kami juga boleh menjangkakan pertumbuhan BTC ke arah $29,235 dan $29,434.

Bitcoin: tip dagangan mudah untuk pedagang baru pada 16 Ogos. Analisis dagangan pasaran kripto semalam

Isyarat jual

Senario 1: Pedagang boleh menjual Bitcoin hari ini selepas tahap $29,080 (garis merah pada carta) dicapai, membawa kepada penurunan mendadak dalam instrumen dagangan. Sasaran utama penjual terletak pada tahap $28,886, di mana adalah lebih baik untuk menutup pesanan jual dan membuka pesanan beli. Tekanan ke atas Bitcoin mungkin meningkat pada bila-bila masa, kerana semakin sedikit orang yang cenderung untuk membeli pada tahap semasa. Penting! Sebelum anda membuka pesanna menjual, sila pastikan indikator MACD berada di bawah paras sifar dan ia baru sahaja mula menurun daripadanya.

Senario No. 2: anda juga boleh menjual BTC hari ini sekiranya terdapat dua ujian harga berturut-turut pada tahap $29,235 sebanyak 2 kali. Ini akan mengehadkan potensi menaik bagi instrumen dagangan dan membawa kepada pembalikan menurun. Kita boleh menjangkakan penurunan harga ke tahap $29,080 dan $28,886.

Bitcoin: tip dagangan mudah untuk pedagang baru pada 16 Ogos. Analisis dagangan pasaran kripto semalam

Pada carta:

Garisan hijau nipis - titik masuk harga untuk membeli instrumen dagangan.

Garisan hijau tebal ialah harga yang dijangkakan di mana anda boleh menetapkan pengambilan untung, kerana pertumbuhan selanjutnya di atas paras ini tidak mungkin.

Garisan merah nipis ialah titik masuk harga untuk menjual instrumen dagangan.

Garisan merah tebal ialah harga yang dijangkakan di mana anda boleh menetapkan pengambilan untung, kerana penurunan selanjutnya di bawah paras ini adalah tidak mungkin.

Indikator MACD: Adalah penting untuk mempertimbangkan zon terlebih beli dan terlebih jual apabila memasuki pasaran.

Penting: Pedagang baharu dalam matawang kripto perlu lebih berhati-hati apabila membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum penerbitan laporan penting, tindakan yang terbaik adalah kekal berada di luar pasaran untuk mengelakkan terperangkap dalam turun naik yang mendadak dalam kadar. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa penerbitan berita, pastikan sentiasa membuat pesanan Henti Rugi (Stop Loss) untuk mengurangkan kerugian. Tanpa membuat pesanan henti rugi (SL), anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dengan cepat, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan melaksanakan dagangan dengan jumlah besar.

Dan perlu diingatkan selalu bahawa untuk dagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai rancangan dagangan yang jelas. Keputusan dagangan spontan dan tiada rancangan yang terperinci berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kehilangan yang berterusan untuk pedagang intraday.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan