Analisis Teknikal EUR/USD untuk 12 Disember 2023
Aliran menaik EUR berusaha untuk membuat pemulihan di tengah-tengah tekanan menurun yang berterusan
Gambaran Teknikal Pasaran
Pasangan mata wang EUR/USD telah menetapkan tahap rendah tempatan baru pada 1.0724, dengan kenaikan harga berusaha untuk pulih ke tahap 1.0780. Walau bagaimanapun, tekanan menurun kekal mendominasi, menjadikan lantunan ini terhad dan lemah. Rintangan penting untuk kenaikan harga, berpotensi mengubah dinamik pasaran, terletak pada tahap 1.0896. Pergerakan harga yang berterusan di atas tahap ini cenderung untuk mengubah arah aliran jangka pendek kepada kenaikan harga. Untuk penurunan harga, sasaran segera adalah pada tahap 1.0697 dan 1.0675.
Pada carta 4 Jam, momentum kekal lemah dan negatif, menghampiri tahap 50. Siaran data utama untuk diberi perhatian pada hari ini termasuk Sentimen Ekonomi ZEW dari Jerman semasa sesi dagangan London dan data CPI AS sewaktu sesi dagangan AS.
Titik Pivot (PP) Mingguan
Titik pivot penting dalam analisis teknikal untuk mengenal pasti potensi pembalikan arah aliran, sokongan dan tahap rintangan.
- WR3: 1.1033
- WR2: 1.0964
- WR1: 1.0862
- Weekly Pivot: 1.0764
- WS1: 1.0691
- WS2: 1.0622
- WS3: 1.0520
Tinjauan Dagangan
Pasangan mata wang EUR/USD ditarik semula daripada Anjakan Fibonacci 61% pada 1.0963 berikutan penembusan harga palsu. Pasaran membuat pembalikan ketara, dengan harga kini 2.70% lebih rendah. Untuk mengekalkan arah aliran menaik, penutupan mingguan di atas tahap ini adalah penting, menunjukkan potensi pembalikan kenaikkan harga jangka panjang untuk Euro.
Analisis Indikator Intraday EUR/USD
- 16 daripada 22 indikator teknikal menunjukkan isyarat beli, 6 daripanya adalah neutral, dan tidak ada yang menunjukkan pesanan jual.
- 14 daripada 18 Purata Bergerak (MA) memihak kepada pesanan beli, manakala 4 isyarat pesanan jual.
Sentimen Scoreboar
Sentimen pasaran semasa adalah menaik (59% kenaikan vs 41% penurunan). Trend ini konsisten dengan sentimen minggu lepas (53% kenaikan vs 47% penurunan) dan sentimen dalam tempoh tiga hari yang lalu (55% kenaikan vs 45% penurunan).
Pautan Berguna
Peringatan Penting
Pedagang baru dalam dagangan forex perlu berhati-hati apabila membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum penerbitan laporan penting, adalah lebih baik untuk anda menjauhkan diri dari pasaran bagi mengelakkan terjebak dalam turun naik pasaran yang ketara berikutan peningkatan dalam volatiliti pasaran. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, maka anda dinasihatkan agar kerap menetapkan Stop Order bagi tujuan meminumumkan kerugian.
Gagal untuk menetapkan pesanan Stop Order, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dengan segera, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan berdagang dalam jumlah yang besar. Untuk dagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai rancangan dagangan yang jelas dan tetap fokus dan berdisiplin. Keputusan dagangan spontan berdasarkan keadaan pasaran semasa adalah strategi yang tidak menguntungkan untuk pedagang jenis scalper atau daytrader.