logo

FX.co ★ GBP/USD: Analisis fundamental pada 6 Julai 2023

GBP/USD: Analisis fundamental pada 6 Julai 2023

GBP/USD: Analisis fundamental pada 6 Julai 2023

Pasangan mata wang GBP/USD menunjukkan volatiliti minimum dan berada di atas Purata Bergerak (MA) pada Rabu. Setakat ini, momentum menaik baharu nampaknya tidak meyakinkan. Sepanjang minggu semasa, pasangan mata wang ini telah berdagang dengan perlahan. Walau bagaimanapun, hampir tidak terdapat sebarang laporan atau peristiwa penting sepanjang tiga minggu sebelumnya. UK mengeluarkan laporan anggaran kedua untuk aktiviti perniagaan dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan, yang hampir sejajar dengan anggaran awal pertama. Di Amerika Syarikat (AS), laporan mengenai indeks aktiviti perniagaan pembuatan merekodkan bacaan yang lebih teruk berbanding ramalan. Oleh itu, penurunan kecil dalam dolar AS kelihatan munasabah. Dolar AS, secara umumnya, cenderung untuk jatuh lebih kerap berbanding pound daripada meningkat.

Perbezaan di antara pasangan mata wang GBP/USD dan EUR/USD adalah jelas. Kadar faedah Bank of England (BoE) adalah lebih tinggi daripada ECB, yang menjelaskan mengapa pound British lebih kukuh. Walau bagaimanapun, mata wang pound ini telah meningkat selama 10 bulan, memperoleh 2,500 mata, dan tidak boleh memasuki pembetulan kenaikkan harga yang betul. Bank of England akan menghentikan kadar mendaki suatu hari nanti. Lebih-lebih lagi, ekonomi British jauh lebih lemah berbanding Amerika. Seperti yang kita dapat lihat, terdapat sebab yang mencukupi untuk dolar AS yang lebih kukuh, tetapi pasaran, berada dalam fasa rata, tidak memberi perhatian kepada fakta tersebut.

Berdasarkan kepada carta 24 jam, pasangan mata wang ini dilihat berada dalam aliran menaik. Ia tidak boleh mengukuh walaupun di bawah garis kritikal, walaupun ia sangat hampir dengannya. Sebut harga telah meningkat sejak 7 Mac, dengan pembetulan maksimum 350 pip. Walau bagaimanapun, kami percaya bahawa momentum menaik semakin melemah. Bank of England mungkin menaikkan kadar faedah dua kali lagi, dan pasaran sudah sedia maklum akan perkara ini. Pada masa ini, tiada isyarat intraday yang menunjukkan pembalikan arah aliran harga. Oleh itu, membuka pesanan jual pada pasangan mata wang GBP/USD buat masa sekarang adalah merupakan idea yang tidak baik.

Laporan ISM dan statistik tuntutan pengangguran

Hari ini, pedagang akan memberi perhatian kepada empat laporan ekonomi berikut: indeks ISM, tuntutan pengangguran dan penawaran pekerjaan. Dengan mengambil kira kenaikan hampir tanpa gangguan dalam paun British, dolar tidak mungkin menunjukkan pertumbuhan kukuh walaupun laporan ini meningkat. Walau bagaimanapun, dolar AS masih mampu mengukuh dalam masa satu hari. Tambahan pula, dengan setiap pemacu baharu, arah aliran menurun akan kelihatan lebih berkemungkinan bermula. Itulah sebabnya statistik AS pada hari Khamis dan Jumaat adalah penting.

Pedagang juga harus memberi perhatian kepada indeks ISM dan data pembukaan pekerjaan. PMI perkhidmatan ISM telah mengalami penurunan yang ketara sejak tiga bulan lalu, tetapi ia masih belum jatuh di bawah garisan 50 lagi. Ia berpotensi jatuh di bawah paras ini menjelang akhir bulan Jun, yang sudah pasti akan mencetuskan penurunan dalam dolar AS.

Sebaliknya, data pasaran buruh dan tuntutan pengangguran mungkin menyokong dolar AS. Bilangan penawaran pekerjaan dalam pasaran buruh meningkat pada bulan April, yang membolehkan kami menjangkakan pertumbuhan pada bulan Mei juga. Walau apa pun, pasaran buruh berdaya tahan dalam menghadapi dasar monetari yang ketat. Perkara yang sama berlaku untuk tuntutan pengangguran. Minggu lalu, laporan ini melebihi jangkaan, dan pengangguran keseluruhan kekal menghampiri paras rendah 50 tahun.

Oleh itu, dolar AS cenderung untuk menunjukkan pertumbuhan dan penurunan yang sama pada hari ini. Spekulasi mengenai arah pasangan mata wang adalah sia-sia kerana tiada siapa yang boleh meramalkan hasil laporan. Jika kita mempertimbangkan aliran keseluruhan, kemungkinan besar pasangan mata wang ini akan terus meningkat. Walau bagaimanapun, pound telah meningkat sebanyak 60-70% tanpa sebab, manakala euro telah mengukuh sejak enam bulan lalu.

GBP/USD: Analisis fundamental pada 6 Julai 2023

Purata volatiliti 5 hari bagi pasangan mata wang GBP/USD berjumlah 75 pip pada 6 Julai dan angka ini dianggap sebagai sederhana. Harga mungkin akan berada dalam julat harga di antara 1.2618 dan 1.2765 pada Khamis. Pembalikan menaik Heikin Ashi akan menunjukkan momentum kenaikan harga.

Sokongan:

S1 – 1.2695

S2 – 1.2634

S3 – 1.2573

Rintangan:

R1 – 1.2756

R2 – 1.2817

R3 – 1.2878

Tinjauan dagangan:

Pasangan mata wang GBP/USD kini berada di atas Purata Bergerak (MA) pada carta 4 jam. Oleh itu, pedagang boleh membuka pesanan beli dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap 1.2756 dan 1.2765 apabila harga melantun daripada Purata Bergerak (MA) atau pembalikan Heikin-Ashi kepada menaik. Jika harga menyatu di bawah Purata Bergerak, kami boleh mempertimbangkan untuk membuka pesanan jual dengan sasaran pada tahap 1.2634 dan 1.2618.

Indikator pada carta:

Saluran Regresi Linear membantu mengenal pasti arah aliran semasa. Jika kedua-dua saluran bergerak ke arah yang sama, maka arah aliran adalah kukuh.

Purata Bergerak (MA)(20 hari, lancar) mentakrifkan arah aliran jangka pendek dan semasa.

Tahap Murray ialah tahap sasaran untuk arah aliran dan pembetulan.

Tahap volatiliti (garis merah) mencerminkan saluran harga yang mungkin untuk diniagakan dalam sehari berdasarkan indikator volatiliti semasa.

Indikator CCI. Apabila indikator berada di zon terlebih jual (oversold)(di bawah 250) atau di kawasan terlebih beli (overbought)(di atas 250), ini bermakna pembalikan arah aliran mungkin akan berlaku tidak lama lagi.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan