logo

FX.co ★ GBP/USD: Ramalan dan isyarat dagangan pada 4 Julai 2023. Laporan COT. Analisis terperinci pergerakan harga dan dagangan. Isnin dan Selasa boleh menjejaskan pound

GBP/USD: Ramalan dan isyarat dagangan pada 4 Julai 2023. Laporan COT. Analisis terperinci pergerakan harga dan dagangan. Isnin dan Selasa boleh menjejaskan pound

Carta M5 bagi pasangan GBP/USD

GBP/USD: Ramalan dan isyarat dagangan pada 4 Julai 2023. Laporan COT. Analisis terperinci pergerakan harga dan dagangan. Isnin dan Selasa boleh menjejaskan pound

Pasangan GBP/USD hanya menunjukkan satu senario pada hari Isnin - pergerakan mendatar dan tidak menentu. Carta dengan jelas menunjukkan bagaimana pasangan ini bergerak sepanjang hari. Pembalikan yang berterusan, volatiliti rendah, arah mendatar, lonjakan tiba-tiba dalam aktiviti pedagang. Secara umumnya, dagangan sangat sukar dan tidak mudah. Pada carta setiap jam, pasangan ini terperangkap antara dua garisan trend, serta di antara garisan Senkou Span B dan Kijun-sen. Data makro semalam pada mulanya menyokong dolar, kemudian pound. Indeks PMI pembuatan UK dan AS lebih buruk berbanding yang dianggarkan. Pound menunjukkan pergerakan yang kompleks dan tidak menarik pada awal minggu dagangan baru. Kemungkinan kita akan menyaksikan perkara yang sama hari ini susulan daripada AS sedang menyambut cuti.

Berkaitan dengan isyarat dagangan, ia luar biasa lemah dan palsu. Adalah tidak bermanfaat untuk berdagang antara garisan Kijun-sen dan paras 1.2693, kerana jarak di antara mereka adalah 19 mata... Pengukuhan di bawah garisan penting ini tidak menjanjikan sebarang senario yang baik, kerana Henti Rugi (SL) perlu ditetapkan di atas 1.2693, dan kerana volatiliti rendah, kami tidak menjangkakan pergerakan menurun yang kuat. Sama juga untuk isyarat pengukuhan di atas paras 1.2693 semasa sesi AS. Keputusan terbaik adalah untuk tidak memasuki pasaran, kerana pasangan ini berada dalam kawasan terhad dan pada masa indeks ISM diterbitkan (yang sebenarnya boleh membangkitkan pergerakan yang baik), ia hanya menunjukkan pergerakan yang tidak jelas dan mendatar.

Laporan COT:

GBP/USD: Ramalan dan isyarat dagangan pada 4 Julai 2023. Laporan COT. Analisis terperinci pergerakan harga dan dagangan. Isnin dan Selasa boleh menjejaskan pound

Berdasarkan kepada laporan terkini, pedagang bukan komersial membuka sejumlah 2,800 kedudukan panjang dan menutup 2,500 kedudukan pendek. Jumlah kedudukan bersih meningkat sebanyak 5,300 dalam hanya seminggu dan terus berkembang. Sepanjang tempoh 9-10 bulan yang lepas, kedudukan bersih telah meningkat. Kita sedang menghampiri tahap di mana kedudukan bersih telah berkembang terlalu banyak untuk menjangkakan pertumbuhan selanjutnya. Kami menganggap bahawa kemungkinan akan segera berlaku penurunan yang berpanjangan, walaupun laporan COT menunjukkan kesinambungan menaik. Semakin sukar untuk mempercayainya setiap hari yang berlalu. Kita hampir tidak dapat menjelaskan mengapa trend menaik harus berterusan. Walau bagaimanapun, pada masa ini tidak terdapat isyarat jual teknikal.

Pound telah memperoleh kira-kira 2,500 pip. Oleh demikian, pembetulan menurun diperlukan sekarang. Jika tidak, kesinambunagn menaik adalah tidak munasabah. Secara keseluruhan, pedagang bukan komersial memegang 52,300 kedudukan jual dan 104,400 kedudukan beli. Jurang yang sedemikian menunjukkan penamatan dari trend menaik. Kami tidak melihat pasangan ini melanjutkan pertumbuhannya dalam jangka masa panjang.

Carta H1 pasangan GBP/USD

GBP/USD: Ramalan dan isyarat dagangan pada 4 Julai 2023. Laporan COT. Analisis terperinci pergerakan harga dan dagangan. Isnin dan Selasa boleh menjejaskan pound

Pada carta 1 jam, pasangan GBP/USD mengekalkan kecenderungan menaik, walaupun sedang mengalami pembetulan pada masa ini. Garisan trend menaik berfungsi sebagai isyarat beli. Walau bagaimanapun, kami masih percaya bahawa mata wang British telah melonjak terlalu tinggi dan sepatutnya mengalami penurunan dalam jangka masa sederhana. Satu garisan trend menurun juga telah terbentuk, yang kelihatan lebih kuat berbanding garisan menaik, tetapi pada masa yang sama terdapat dua garisan indikator Ichimoku yang paling penting berdekatan. Pound sedang bergerak menurun, tetapi pergerakan itu kelihatan tidak meyakinkan.

Pada 4 Julai, tahap dagangan dilihat pada 1.2349, 1.2429-1.2445, 1.2520, 1.2598-1.2605, 1.2693, 1.2762, 1.2863, 1.2981-1.2987. Senkou Span B (1.2737) dan Kijun-sen (1.2676) juga mungkin menjana isyarat apabila harga sama ada menembusi atau melantun darinya. Henti Rugi (SL) perlu diletakkan pada titik pulang modal apabila harga bergerak 20 pips dalam arah yang betul. Garisan indikator Ichimoku boleh bergerak dalam sehari, yang perlu diambil kira dalam menentukan isyarat dagangan. Terdapat juga sokongan dan rintangan yang boleh digunakan untuk mengunci keuntungan.

Tiada acara penting yang dijadualkan di UK dan AS. 4 Julai adalah Hari Kemerdekaan di Amerika Syarikat, jadi semua bank, platform, dan pertukaran ditutup hari ini. Pasangan mata wang ini kemungkinan akan mengalami volatiliti rendah, jadi kita tidak perlu menjangkakan sebarang trend.

Indikator pada carta:

Rintangan/sokongan - garisan merah tebal, berhampiran trend mungkin berhenti. Ia tidak membuat isyarat dagangan.

Garisan Kijun-sen dan Senkou Span B ialah garisan indikator Ichimoku yang dipindahkan ke carta masa setiap jam dari carta masa 4 jam. Ia juga adalah garisan yang kuat.

Paras ekstrem ialah garisan merah nipis, dari mana harga digunakan untuk melantun lebih awal. Ia boleh menghasilkan isyarat dagangan.

Garisan kuning ialah garisan trend, saluran trend dan corak teknikal lain.

Indikator 1 pada carta COT ialah saiz kedudukan bersih bagi setiap kategori pedagang.

Indikator 2 pada carta COT ialah saiz kedudukan bersih untuk kumpulan pedagang Bukan komersial.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan