Menganalisis dagangan pada Isnin:
Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 30 Minit
Pasangan mata wang GBP/USD ini juga menunjukkan pergerakan tidak menentu dengan volatiliti yang rendah pada Isnin. Pergerakan harga kelihatan hampir sama dengan pasangan mata wang EUR/USD. Pada sebelah pagi, UK mengeluarkan laporan PMI pembuatannya, ia bukan yang terkuat tetapi masih tidak seburuk di Kesatuan Eropah. Separuh hari kedua pound kembali pulih, tak payah tunggu PMI US yang juga lemah. Secara umumnya, kita boleh menganggap bahawa pergerakan ini sebagai logik jika hanya bertepatan dengan masa pengeluaran laporan. Tetapi dalam apa jua keadaan, tidak ada aliran harian.
Walau bagaimanapun, pasangan itu kekal dalam saluran menurun, walaupun ia cuba meninggalkannya melalui jalur mneaik. Oleh itu, aliran menurun berterusan, dan kami berhak menjangkakan kemerosotan pound, yang akan menjadi perkembangan peristiwa yang paling logik. Tetapi adalah sukar untuk mengatakan ke arah mana pound akan menuju.
Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 5 Minit
Adalah sukar untuk berdagang pada hari Isnin, yang boleh dilihat dengan sempurna pada carta 5 minit. Gambaran hampir sama dengan euro walaupun pada carta ini. Selepas membentuk isyarat jual pada awal sesi Eropah, pasangan mata wang ini hampir mencapai tahap sasaran terdekat, hanya 4 mata pendek. Tetapi pedagang baru mempunyai banyak masa untuk menutup pesanan ini secara manual, kerana pasangan mata wang ini telah diniagakan mendatari untuk baki sesi. Oleh itu, anda boleh membuat keuntungan kecil pada pesanan tersebut. Tetapi isyarat untuk kemasukan pesanan jual masih dianggap palsu, dan tiada isyarat beli yang telah dibentuk di sekitar tahap 1.2653.
Kemudian terdapat satu lagi isyarat beli palsu di sekitar tahap 1.2690, selepas itu pasangan itu naik 23 mata. Anda boleh menetapkan Stop Loss untuk perjanjian ini. Dua isyarat terakhir tidak sepatutnya dilakukan, kerana dua isyarat pertama adalah palsu.
Tip dagangan pada Selasa:
Seperti yang dapat dilihat pada carta 30 Minit, pasangan mata wang ini telah jatuh selama sebelas hari dagangan. Saluran menurun masih relevan, dan harga pada masa ini berhampiran jalur atas saluran. Kami percaya bahawa pound masih kekurangan sebab kuat untuk meningkat, jadi lantunan harga daripada sempadan ini dan kesinambungan emula penurunan harga adalah lebih logik. Walau bagaimanapun, jika harga mengukuh di atas saluran, ini akan menunjukkan peralihan kepada aliran menaik. Tahap utama pada carta 5 Minit ialah 1.2457, 1.2499, 1.2538, 1.2597-1.2605, 1.2653, 1.2690, 1.2721, 1.2757, 1.2801, 1.2860, 1.2913, 1.2981. Apabila harga bergerak 20 pip ke arah yang betul selepas membuka dagangan, Pesanan Stop loss boleh ditetapkan pada titik pulang modal. Pada hari Selasa, tiada acara penting yang dijadualkan di UK atau AS. Kita harus mempersiapkan diri untuk satu lagi hari dengan volatiliti yang rendah.
Peraturan asas sistem dagangan:
1) Kekuatan isyarat dikira mengikut masa yang diambil untuk membentuk isyarat (melantun atau mengatasi tahap). Semakin sedikit masa yang diambil, semakin kuat isyaratnya.
2) Jika dua atau lebih tawaran dagangan dibuka berhampiran tahap tertentu berdasarkan isyarat palsu (yang tidak mencetuskan Take Profit atau tahap sasaran terdekat), maka semua isyarat berikutnya daripada tahap ini harus diabaikan.
3) Di kedudukan mendatar, mana-mana pasangan boleh membentuk banyak isyarat palsu atau tidak membentuknya sama sekali. Tetapi dalam apa jua keadaan, pada tanda-tanda awal mendatar, adalah lebih baik untuk berhenti berdagang.
4) Tawaran dagangan dibuka dalam tempoh masa antara permulaan sesi dagangan Eropah dan sehingga pertengahan sesi dagangan Amerika, apabila semua tawaran mesti ditutup secara manual.
5) Pada TF 30 minit, menggunakan isyarat daripada indikator MACD, anda boleh berdagang hanya jika terdapat volatiliti yang baik dan arah aliran, yang disahkan oleh garis arah aliran atau saluran aliran.
6) Jika dua tahap terletak terlalu dekat antara satu sama lain (dari 5 hingga 15 mata), maka ia harus dianggap sebagai kawasan sokongan atau rintangan.
Bagaimana untuk membaca carta:
Tahap Sokongan dan Rintangan ialah Tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan Take Profit berhampiran tahap ini.
Garis merah ialah saluran atau garis arah aliran yang memaparkan arah aliran semasa dan menunjukkan arah mana lebih baik untuk berdagang sekarang.
Indikatior MACD (14,22,3) terdiri daripada histogram dan garis isyarat. Apabila mereka menyilangi, ini adalah isyarat untuk memasuki pasaran. Adalah disarankan untuk menggunakan indiaktor ini dalam gabungan dengan garis arah aliran (saluran dan garis arah aliran).
Ucapan dan laporan penting (sentiasa terkandung dalam kalendar berita) boleh mempengaruhi pergerakan pasangan mata wang. Oleh itu, semasa penerbitan laporan, adalah disarankan untuk berdagang dengan lebih berhati-hati atau keluar dari pasaran untuk mengelakkan pembalikan harga yang mendadak terhadap pergerakan sebelumnya.
Pedagang baru Forex perlu memahami dengan lebih jelas bahawa tidak setiap dagangan harus menguntungkan. Pembangunan strategi yang jelas dan pengurusan wang adalah kunci kejayaan dalam perdagangan dalam jangka masa yang panjang.