logo

FX.co ★ Ramalan dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 31 Mei 2023

Ramalan dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 31 Mei 2023

Pasangan mata wang GBP/USD

Semalam, pound British meningkat (sebanyak 0.47% berbanding penurunan 0.20% dalam indeks dolar) dan bayangan menaiknya berjaya mencapai tahap sasaran 1.2443. Memandangkan garis isyarat Marlin Oscillator telah pun menghampiri sempadan kawasan pertumbuhan, pasangan mata wang ini cenderung untuk memulakan pembalikan aliran menurun mengikut arah aliran utama.Ramalan dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 31 Mei 2023

Jika pembalikan berlaku dan harga menetap di bawah garis MACD (1.2400), sasaran pertama akan berada pada tahap 1.2273 (tahap rendah 3 April dan tahap tinggi 14 Februari). Jika harga kekal diniagakan di atas tahap 1.2443, ia berpotensi untuk melonjak naik menuju ke arah tahap 1.2583. Walau bagaimanapun, pound mungkin tidak mencapai tahap ini, dan pembalikan harga boleh berlaku daripada mana-mana rintangan pertengahan.

Ramalan dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 31 Mei 2023

Berdasarkan kepada carta 4 Jam, harga dilihat telah menetap di atas indikator garis imbangan dan MACD, dan Marlin oscillator telah menunjukkan sedikit kenaikan dalam kawasan pertumbuhan tetapi kini menunjukkan tanda-tanda awal untuk pembalikan menurun. Memandangkan garis MACD berada di bawah tahap 1.2400, penembusan harga pada tahap sokongan (1.2365) akan berfungsi sebagai syarat terakhir untuk pembalikan menurun jangka sederhana.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan