logo

FX.co ★ Emas menguji semula pembeli

Emas menguji semula pembeli

Harga emas diniagakan dalam zon merah pada tahap 1,993 sewaktu penulisan artikel. Selepas mempamerkan kenaikan yang ketara pada Jumaat, penarikan semula harga ini adalah semula jadi. Namun, kadarnya hanya dapat menguji dan menguji semula tahap sokongan jangka pendek sebelum melonjak lebih tinggi lagi. Kecenderungan kekal menaik, jadi pertumbuhan selanjutnya adalah semula jadi walaupun terdapat penarikan semula sementara.

Pada asasnya, XAU/USD telah melanjutkan pertumbuhannya pada hari Jumaat walaupun AS melaporkan data ekonomi yang positif. Hari ini, Jualan runcit Australia mencatatkan bacaan yang lebih baik berbanding ramalab, zon Eeropah melaporkan data bercampur-campur, manakala data UK melaporkan bacaan lebih buruk daripada yang dijangkakan. Esok, Bank of Japan, Indeks Kos Pekerjaan AS, dan Keyakinan Pengguna CB mewakili peristiwa berimpak tinggi. Oleh yang demikian, laporan fundamental boleh menggerakkan kadar.

Sokongan utama XAU/USD pada tahap 1,987!

Emas menguji semula pembeli

Secara teknikal, harga emas menemui rintangan tepat di atas garis menaik saluran dan sekarang hampir mencecah titik pangsi mingguan 1,989. Ini kekal sebagai halangan penurunan pertama. 1,987 dan garis aliran menaik juga mewakili tahap sokongan yang kuat.

Selagi ia kekal di atas tahap ini, kecenderungan kekal menaik. Menembusi tahap sejarah 1,987 mengaktifkan kesinambungan menaik. Ujian semula harga boleh mengesahkan penembusan harga.

Ramalan XAU/USD!

Menguji dan ujian semula tahao 1,987 dan garis aliran menaik, hanya menyebabkan penembusan harga palsu yang dapat membawa peluang kemasukan pesanan beli baru. Tahap tinggi baru 2,009 dilihat sebagai sasaran yang berpotensi. Senario kenaikan harga boleh dibatalkan jika kadar jatuh dan ditutup di bawah garis aliran menaik.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan