logo

FX.co ★ Bagaimana untuk berdagang pasangan mata wang EUR/USD pada 19 Mei. Tip dan analisis dagangan mudah untuk pedagang baru

Bagaimana untuk berdagang pasangan mata wang EUR/USD pada 19 Mei. Tip dan analisis dagangan mudah untuk pedagang baru

Menganalisis dagangan Khamis:

Pasangan mata wang EUR/USD - Carta 30 Minit

Bagaimana untuk berdagang pasangan mata wang EUR/USD pada 19 Mei. Tip dan analisis dagangan mudah untuk pedagang baru

Pasangan mata wang EUR/USD dilihat telah meneruskan dagangan trend menurun sepanjang Khamis. Hanya beberapa laporan kecil yang telah diterbitkan di AS, yang tidak memberi kesan kepada pergerakan pasangan mata wang EUR/USD. Namun begitu, kedua-dua laporan (mengenai tuntutan pengangguran dan Indeks Philadelphia) ternyata lebih kukuh berbanding ramalan, jadi ia boleh menyokong mata wang AS. Oleh itu, seperti yang dijangkakan, aliran menurun untuk pasangan itu berterusan selepas pertumbuhan tidak wajar yang berpanjangan. Harga telah pun jatuh di bawah saluran menurun, yang menunjukkan kepada momentum penurunan harga. Kami masih menjangkakan penurunan dalam mata wang Eropah dan tidak melihat sebarang sebab untuk kenaikannya.

Juga, Christine Lagarde dan Luis de Guindos telah menyampaikan ucapan, tetapi kedua-duanya tidak membuat kenyataan penting. Oleh itu, adalah tidak mungkin untuk mengaitkan kejatuhan euro dengan latar belakang asas. Kami tidak cuba berbuat demikian. Pasangan itu jatuh kerana ia telah berkembang untuk masa yang lama tanpa sebab dan terlebih beli (overbought).

Pasangan mata wang EUR/USD - Carta 5 Minit

Bagaimana untuk berdagang pasangan mata wang EUR/USD pada 19 Mei. Tip dan analisis dagangan mudah untuk pedagang baru

Hanya terdapat satu isyarat dagangan pada carta 5 minit. Pada awal sesi dagangan AS, harga menembusi tahap 1.0792, dan berjaya turun 10-15 mata lagi. Ini betul-betul berapa banyak pedagang baru boleh perolehi daripada pesanan jual. Malangnya, ia tidak mungkin untuk menangkap permulaan pergerakan menurun, dan volatiliti pasaran masih kekal rendah. Oleh itu, walaupun terdapat aliran yang agak kuat, isyarat semasa tidak begitu baik dan juga tidak menguntungkan.

Tip dagangan pada hari Jumaat:

Berdasarkan kepada carta 30 minit, pasangan mata wang ini secara umumnya terus bergerak ke arah bawah. Buat pertama kali dalam masa yang panjang, pasangan mata wang ini berkemungkinan akan menunjukkan pergerakan menurun yang berpanjangan, yang benar-benar logik dari semua perspektif. Ingat, pasangan mata wang ini telah berkembang tanpa sebab selama 2 bulan. Pembetulan kenaikkan harga mungkin bermula tidak lama lagi, tetapi saluran menurun jelas menunjukkan pengekalan arah aliran buat masa ini. Pada carta 5 minit, sila pertimbangkan tahap berikut; 1.0587-1.0607, 1.0692, 1.0737, 1.0792, 1.0857-1.0867, 1.0920-1.0933, 1.0965-1.0980. Sebaik sahaja harga melepasi 15 pip ke arah yang betul, anda harus menetapkan pesanan Stop Loss kepada titik pulang modal. Pada hari Jumaat, satu lagi ucapan oleh Lagarde dijadualkan di Kesatuan Eropah, yang mungkin berjaya seperti yang sebelumnya. Walau apa pun, ia akan berlangsung pada lewat malam. Di Amerika - ucapan dari Jerome Powell, yang biasanya lebih fasih dan berterus terang daripada rakan-rakan Eropahnya. Oleh itu, pada separuh kedua hari ini, pergerakan boleh menjadi lebih mendadak dan lebih tidak menentu.

Peraturan asas sistem dagangan:

1) Kekuatan isyarat dikira mengikut masa yang diambil untuk membentuk isyarat (melantun atau mengatasi tahap). Semakin sedikit masa yang diambil, semakin kuat isyaratnya.

2) Jika dua atau lebih tawaran dagangan dibuka berhampiran tahap tertentu berdasarkan isyarat palsu (yang tidak mencetuskan Take Profit atau tahap sasaran terdekat), maka semua isyarat berikutnya daripada tahap ini harus diabaikan.

3) Di kedudukan mendatar, mana-mana pasangan boleh membentuk banyak isyarat palsu atau tidak membentuknya sama sekali. Tetapi dalam apa jua keadaan, pada tanda-tanda awal mendatar, adalah lebih baik untuk berhenti berdagang.

4) Tawaran dagangan dibuka dalam tempoh masa antara permulaan sesi dagangan Eropah dan sehingga pertengahan sesi dagangan Amerika, apabila semua tawaran mesti ditutup secara manual.

5) Pada TF 30 minit, menggunakan isyarat daripada indikator MACD, anda boleh berdagang hanya jika terdapat volatiliti yang baik dan arah aliran, yang disahkan oleh garis arah aliran atau saluran aliran.

6) Jika dua tahap terletak terlalu dekat antara satu sama lain (dari 5 hingga 15 mata), maka ia harus dianggap sebagai kawasan sokongan atau rintangan.

Pada carta:

Tahap Sokongan dan Rintangan ialah Tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan Take Profit berhampiran tahap ini.

Garis merah ialah saluran atau garis arah aliran yang memaparkan arah aliran semasa dan menunjukkan arah mana lebih baik untuk berdagang sekarang.

Indikatior MACD (14,22,3) terdiri daripada histogram dan garis isyarat. Apabila mereka menyilangi, ini adalah isyarat untuk memasuki pasaran. Adalah disarankan untuk menggunakan indiaktor ini dalam gabungan dengan garis arah aliran (saluran dan garis arah aliran).

Ucapan dan laporan penting (sentiasa terkandung dalam kalendar berita) boleh mempengaruhi pergerakan pasangan mata wang. Oleh itu, semasa penerbitan laporan, adalah disarankan untuk berdagang dengan lebih berhati-hati atau keluar dari pasaran untuk mengelakkan pembalikan harga yang mendadak terhadap pergerakan sebelumnya.

Pedagang baru Forex perlu memahami dengan lebih jelas bahawa tidak setiap dagangan harus menguntungkan. Pembangunan strategi yang jelas dan pengurusan wang adalah kunci kejayaan dalam perdagangan dalam jangka masa yang panjang.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan