logo

FX.co ★ GBP/USD. Gambaran keseluruhan untuk 18 Mei. Andrew Bailey terus memperlihatkan keyakinan

GBP/USD. Gambaran keseluruhan untuk 18 Mei. Andrew Bailey terus memperlihatkan keyakinan

GBP/USD. Gambaran keseluruhan untuk 18 Mei. Andrew Bailey terus memperlihatkan keyakinan

Pasangan mata wang GBP/USD menghabiskan sebahagian besar dagangan hari Rabu dengan meneruskan pergerakan menurunnya secara senyap-senyap. Sifat kejatuhan mata wang British adalah teknikal semata-mata, kerana pasangan mata wnag ini kekal dalam keadaan terlebih beli (overbought) dan telah menunjukkan pertumbuhan yang tidak wajar untuk tempoh masa yang lama. Sekarang adalah masa untuk pembetulan ketara; untuk ini, latar belakang fundamental dan makroekonomi tidak diperlukan. Walau bagaimanapun, ia ada di sana. Sebagai contoh, pada hari Selasa di UK, data tuntutan pengangguran dan faedah pengangguran yang sangat lemah telah dikeluarkan. Kami telah berulang kali menarik perhatian pedagang kepada fakta bahawa ekonomi British jauh lebih buruk berbanding ekonomi Amerika. Lihat sahaja indikator KDNK; ekonomi di Amerika sedang berkembang (walaupun kadar pertumbuhan semakin perlahan), manakala di Britain, ia berada di sekitar sifar selama empat suku. Inflasi di AS telah menurun secara aktif selama sembilan bulan, dan di Britain - ia hanya berpura-pura jatuh. Kadar Rizab Persekutuan (Fed) yang lebih tinggi daripada Bank of England. Fed boleh menaikkan kadar untuk kali terakhir pada bulan Mei, tetapi BOE - bukan jin yang berkuasa, tidak boleh sentiasa menaikkan kadar.

Oleh itu, mata wang pound memerlukan lebih banyak sebab untuk berkembang, walaupun pada bulan lalu, apatah lagi saat ini. Sejak empat minggu lalu, ia telah naik dengan perlahan. Pedagang mahu mengekalkan aliran menaik yang baik, dan pasangan mata wang ini bergerak secara inersia. Volatiliti telah menurun dengan ketara buat kali pertama dalam masa yang lama. Banyak indikator menunjukkan perbezaan "menurun" dan memasuki kawasan terlebih beli (overbought). Semuanya mengatakan bahawa kejatuhan yang kuat harus bermula. Kami telah memberi amaran tentang perkara ini beberapa bulan yang lalu tetapi agak tidak mengikut masa. Kini kami menjangkakan pasangan mata wang ini akan jatuh ke tahap 1.1800 atau lebih kurang, dari mana pusingan terakhir pertumbuhan mata wang British bermula. Kemudian, pasangan ini mungkin akan mengukuh dalam tempoh 3-6 bulan akan datang apabila bank pusat bersedia untuk menamatkan kitaran pengetatan, dan latar belakang fundamental akan menjadi neutral melainkan terdapat satu lagi bencana atau krisis.

Ekonomi UK "menunjukkan hasil yang baik."

Peristiwa yang paling penting pada hari lalu ialah ucapan dari Gabenor Bank of England, Andrew Bailey, yang jarang bercakap malah kurang kerap membuat kenyataan penting. Kali ini, pada persidangan Dewan Perniagaan British, beliau tidak membuat sebarang kenyataan yang nyata. Beliau menyatakan bahawa keadaan ekonomi semasa adalah lebih memuaskan daripada jangkaan pada akhir tahun lepas, dan inflasi akan menunjukkan kelembapan yang kuat menjelang akhir 2023. Encik Bailey menyatakan bahawa kesan kenaikan kadar masih belum sepenuhnya. Ternyata, ekonomi akan menunjukkan pertumbuhan sederhana, dan tahap pengangguran akan meningkat kurang daripada yang dijangkakan beberapa bulan lalu. Gabenor Bank of England juga menyatakan penurunan harga tenaga, yang mungkin menyebabkan proses deflasi menjelang akhir tahun.

Perkara utama bukanlah apa yang Bailey katakan, tetapi apa yang beliau tidak katakan. Secara khusus, beliau tidak menyebut kenaikan kadar pada masa hadapan atau bahawa pengetatan dasar monetari akan bergantung pada kemasukan data. Pasaran semakin yakin bahawa kitaran pengetatan dasar monetari sama ada sudah lengkap atau akan diselesaikan pada mesyuarat akan datang. Seperti yang kami ramalkan. Selepas Bank Pusat memperlahankan kadar pengetatan ke tahap minimum, kita harus menjangkakan lagi 2-3 kenaikan kadar. Bank of England telah menaikkan kadar dua kali sebanyak 0.25%, dan mesyuarat seterusnya mungkin yang terakhir dalam kitaran pengetatan.

Oleh itu, pound kehilangan faktor pertumbuhan utamanya, dinyatakan dalam jangkaan yang lebih tinggi untuk kadar Bank of England daripada kadar Fed pada 2023. Bukan sahaja pound berkembang terlalu kuat dalam dua bulan lepas, tetapi ia juga tidak mempunyai faktor untuk mengekalkan kedudukannya sekarang. Indikator CCI telah berjaya memasuki kawasan terlebih jual (oversold), tetapi kami menganggap isyarat ini sebagai "palsu." Pasangan mata wang ini tidak boleh memasuki wilayah terlebih jual (oversold) seminggu selepas keluar dari wilayah terlebih beli (overbought). Kami menjangkakan penurunan selanjutnya dalam mata wang British.GBP/USD. Gambaran keseluruhan untuk 18 Mei. Andrew Bailey terus memperlihatkan keyakinan

Purata volatiliti bagi pasangan GBP/USD sepanjang lima hari dagangan terakhir ialah 100 mata. Nilai ini adalah "purata" untuk pasangan mata wang pound/dolar AS. Oleh itu, pada Khamis, 18 Mei, kami menjangkakan pergerakan dalam saluran dihadkan oleh tahap 1.2398 dan 1.2598. Pembalikan menurun indikator Heiken Ashi akan menandakan penyambungan semula pergerakan menurun.

Tahap sokongan terdekat:

S1 – 1.2482

S2 – 1.2451

S3 – 1.2421

Tahap rintangan terdekat:

R1 – 1.2512

R2 – 1.2543

R3 – 1.2573

Cadangan dagangan:

Pasangan mata wang GBP/USD pada carta 4 Jam telah menetap di bawah Purata Bergerak (MA) dan mempunyai peluang sebenar untuk terus melemah. Oleh itu, pesanan jual baharu kini boleh dipertimbangkan dengan sasaran masing-masing terletak pada tahap 1.2421 dan 1.2398 jika indikator Heiken Ashi beralih kepada penurunan. Pesanan beli boleh dipertimbangkan sekiranya berlaku pembalikan harga di atas Purata Bergerak (MA), dengan sasaran pertama terletak pada tahap 1.2573 dan 1.2598.

Penjelasan ilustrasi:

Saluran regresi linear - membantu untuk menentukan trend semasa. Jika kedua-duanya diarahkan ke satu arah, maka trend adalah kukuh.

Garisan purata bergerak (tetapan 20.0, lancar) - menentukan trend jangka pendek dan arah untuk berdagang sekarang.

Tahap Murray - tahap sasaran untuk pergerakan dan pembetulan.

Tahap volatiliti (garisan merah) - saluran harga berkemungkinan di mana pasangan itu akan berada pada hari berikutnya, berdasarkan indikator volatiliti semasa.

Indikator CCI - kemasukannya ke kawasan terlebih jual (di bawah -250) atau kawasan terlebih beli (di atas +250) bermakna pembalikan trend dalam arah bertentangan semakin hampir.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan