logo

FX.co ★ Apakah yang perlu diberi perhatian pada 10 Mei? Pecahan peristiwa fundamental

Apakah yang perlu diberi perhatian pada 10 Mei? Pecahan peristiwa fundamental

Analisis data makro:

Apakah yang perlu diberi perhatian pada 10 Mei? Pecahan peristiwa fundamental

Tidak akan ada banyak data makro pada Rabu. Di Jerman, laporan inflasi akan dikeluarkan pada awal pagi, tetapi ini akan menjadi nilai akhir untuk bulan Mac, yang tidak mungkin mencatatkan perbezaan ketara berbanding nilai bacaan awal. Oleh itu, tidak mungkin pasaran bertindak balas terhadap laporan ini. Di Amerika Syarikat (AS), laporan inflasi akan diterbitkan pada sebelah petang, yang boleh kami anggap sebagai penting, tetapi pada masa ini, ramalan mencadangkan bahawa nilai April tidak akan berbeza dengan ketara daripada Mac. Jika nilai sebenar tidak berbeza dengan ketara daripada ramalan atau yang sebelumnya, juga tiada tindak balas terhadap laporan ini.

Pada masa yang sama, nilai sebenar mungkin berbeza daripada ramalan. Secara logiknya, jika nilai laporan berada di bawah 4.9%, dolar AS mungkin akan mengalami tekanan. Walau bagaimanapun, jika inflasi kekal tidak berubah atau meningkat, dolar AS berkemungkinan mengalami lonjakan keyakinan, kerana kemungkinan kenaikan kadar lain pada 2023 akan meningkat dengan ketara.

Acara fundamental:

Apakah yang perlu diberi perhatian pada 10 Mei? Pecahan peristiwa fundamental

Tiada peristiwa fundamental yang ketara pada hari Rabu. Sepanjang hari, tiada ucapan penting atau acara lain dijadualkan. Kemungkinan besar, euro akan menghabiskan dagangan hari ini dalam volatiliti rendah atau pergerakan menurun yang lemah, dan pound cenderung untuk cuba meneruskan pertumbuhan perlahannya.

Kesimpulan umum:

Pada Rabu, pada asasnya, hanya terdapat satu peristiwa penting - laporan inflasi AS. Ini sepatutnya menjadi titik permulaan untuk hari Rabu. Pergerakan harga boleh menjadi apa-apa sahaja pada sebelah petang, tetapi secara keseluruhan pembetulan yang lemah mungkin berterusan. Pada carta 30 minit, isyarat kini "serong"; pasaran hanya bekerja pada pesanan beli. Dan walaupun euro mengukuh di bawah garis aliran menaik, itu tidak bermakna ia akan jatuh lebih jauh. Untuk pound, ia dijangka akan terus meningkat, dan pada Khamis, selepas mesyuarat, apa-apa sahaja boleh berlaku.

Peraturan asas sistem dagangan:

1) Kekuatan isyarat dikira mengikut masa yang diambil untuk membentuk isyarat (melantun atau mengatasi tahap). Semakin sedikit masa yang diambil, semakin kuat isyaratnya.

2) Jika dua atau lebih tawaran dagangan dibuka berhampiran tahap tertentu berdasarkan isyarat palsu (yang tidak mencetuskan Take Profit atau tahap sasaran terdekat), maka semua isyarat berikutnya daripada tahap ini harus diabaikan.

3) Di kedudukan mendatar, mana-mana pasangan boleh membentuk banyak isyarat palsu atau tidak membentuknya sama sekali. Tetapi dalam apa jua keadaan, pada tanda-tanda awal mendatar, adalah lebih baik untuk berhenti berdagang.

4) Tawaran dagangan dibuka dalam tempoh masa antara permulaan sesi dagangan Eropah dan sehingga pertengahan sesi dagangan Amerika, apabila semua tawaran mesti ditutup secara manual.

5) Pada TF 30 minit, menggunakan isyarat daripada indikator MACD, anda boleh berdagang hanya jika terdapat volatiliti yang baik dan arah aliran, yang disahkan oleh garis arah aliran atau saluran aliran.

6) Jika dua tahap terletak terlalu dekat antara satu sama lain (dari 5 hingga 15 mata), maka ia harus dianggap sebagai kawasan sokongan atau rintangan.

Pada carta:

Tahap Sokongan dan Rintangan ialah Tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan Take Profit berhampiran tahap ini.

Garis merah ialah saluran atau garis arah aliran yang memaparkan arah aliran semasa dan menunjukkan arah mana lebih baik untuk berdagang sekarang.

Indikatior MACD (14,22,3) terdiri daripada histogram dan garis isyarat. Apabila mereka menyilangi, ini adalah isyarat untuk memasuki pasaran. Adalah disarankan untuk menggunakan indiaktor ini dalam gabungan dengan garis arah aliran (saluran dan garis arah aliran).

Ucapan dan laporan penting (sentiasa terkandung dalam kalendar berita) boleh mempengaruhi pergerakan pasangan mata wang. Oleh itu, semasa penerbitan laporan, adalah disarankan untuk berdagang dengan lebih berhati-hati atau keluar dari pasaran untuk mengelakkan pembalikan harga yang mendadak terhadap pergerakan sebelumnya.

Pedagang baru Forex perlu memahami dengan lebih jelas bahawa tidak setiap dagangan harus menguntungkan. Pembangunan strategi yang jelas dan pengurusan wang adalah kunci kejayaan dalam perdagangan dalam jangka masa yang panjang.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan