logo

FX.co ★ Bagaimana untuk berdagang pasangan mata wang EUR/USD pada 10 Mei. Tip dan analisis dagangan mudah untuk pedagang baru

Bagaimana untuk berdagang pasangan mata wang EUR/USD pada 10 Mei. Tip dan analisis dagangan mudah untuk pedagang baru

Menganalisis dagangan Selasa:

Pasangan mata wang EUR/USD - Carta 30 Minit

Bagaimana untuk berdagang pasangan mata wang EUR/USD pada 10 Mei. Tip dan analisis dagangan mudah untuk pedagang baru

Pasangan mata wang EUR/USD menunjukkan volatiliti yang rendah dan pergerakan menurun yang lemah sekali lagi pada Selasa. Adalah tidak wajar untuk meraikan bahawa euro akhirnya telah menunjukkan sekurang-kurangnya penurunan kecil, kerana ia boleh dilihat dengan jelas pada mana-mana carta masa yang lebih besar bahawa pasangan mata wang ini berada dalam trend mendatar, bermakna ia berada dalam saluran mendatar. Dan dalam saluran mendatar, liku penurunan adalah agak berkemungkinan, yang tidak bermakna aliran menurun baharu bermula. Oleh itu, gambaran teknikal tidak berubah sama sekali untuk hari Selasa.

Tidak ada satu pun peristiwa penting dijadualkan sama ada di Kesatuan Eropah atau Amerika Syarikat (AS). Di Eropah, beberapa wakil Bank Pusat Eropah dijadualkan akan berucap, dan sesetengah daripada mereka juga berkata bahawa kadar ECB boleh meningkat lebih lama dan lebih kuat daripada yang diandaikan sebelum ini. Tetapi (mengejutkan!) trend menaik tidak berminat dengan maklumat ini, yang seterusnya meyakinkan kita bahawa pasangan mata wang ini berada dalam trend mendatar. Oleh itu, buat masa ini, kami hanya boleh berdagang pada carta 5 minit dan menunggu maklumat yang lebih penting, yang akan menjadi sangat terhad minggu ini.

Pasangan mata wang EUR/USD - Carta 5 Minit

Bagaimana untuk berdagang pasangan mata wang EUR/USD pada 10 Mei. Tip dan analisis dagangan mudah untuk pedagang baru

Melihat kepada carta 5 minit, pada dasarnya, hanya terdapat satu isyarat dagangan telah dibentuk pada Selasa. Pasangan mata wang ini telah menembusi kawasan 1.0965-1.0980 semasa sesi dagangan Eropah, tetapi pergerakan menurun seterusnya adalah sangat lemah sehingga amat sukar untuk membuat keuntungan daripadanya. Volatiliti secara umumnya adalah sangat lemah sekarang, jadi walaupun dengan isyarat yang kuat, ia tidak mungkin untuk mendapatkan keuntungan yang baik. Pedagang baru harus mengambil kira fakta ini dan memutuskan sendiri sama ada mereka mahu berdagang jika pasangan mata wang ini bergerak 50 mata sehari.

Tip dagangan pada Rabu:

Berdasarkan kepada carta 30 minit, pasangan mata wang ini dilihat telah memulakan pergerakan menurun baharu dalam trend mendatar "Perubahan" berterusan, latar belakang fundamental dan makroekonomi tidak membawa kepada reaksi yang logik, dan akan terdapat sangat sedikit laporan dan acara ekonomi penting minggu ini. Euro kekal pada nilai yang tinggi, adalah tidak wajar untuk dirinya sendiri dan sangat terlebih beli (overbought), jadi kami masih menjangkakan penurunan harga yang kukuh dalam sebut harga. Pada carta 5 minit, anda disarankan untuk mempertimbangkan tahap berikut; 1.0792, 1.0857-1.0867, 1.0920-1.0933, 1.0965-1.0980, 1.1038, 1.1070, 1.1132, 1.1184, 1.1228 Sebaik sahaja harga melepasi 15 pip ke arah yang betul, anda harus menetapkan pesanan Stop Loss kepada titik pulang modal. Pada hari Rabu, laporan inflasi akan diterbitkan di Jerman dan Amerika Syarikat. Sememangnya, laporan inflasi AS akan menjadi sangat penting bagi pasangan mata wang ini, tetapi inflasi Jerman juga berpotensi untukmencetuskan reaksi pasaran.

Peraturan asas sistem dagangan:

1) Kekuatan isyarat dikira mengikut masa yang diambil untuk membentuk isyarat (melantun atau mengatasi tahap). Semakin sedikit masa yang diambil, semakin kuat isyaratnya.

2) Jika dua atau lebih tawaran dagangan dibuka berhampiran tahap tertentu berdasarkan isyarat palsu (yang tidak mencetuskan Take Profit atau tahap sasaran terdekat), maka semua isyarat berikutnya daripada tahap ini harus diabaikan.

3) Di kedudukan mendatar, mana-mana pasangan boleh membentuk banyak isyarat palsu atau tidak membentuknya sama sekali. Tetapi dalam apa jua keadaan, pada tanda-tanda awal mendatar, adalah lebih baik untuk berhenti berdagang.

4) Tawaran dagangan dibuka dalam tempoh masa antara permulaan sesi dagangan Eropah dan sehingga pertengahan sesi dagangan Amerika, apabila semua tawaran mesti ditutup secara manual.

5) Pada TF 30 minit, menggunakan isyarat daripada indikator MACD, anda boleh berdagang hanya jika terdapat volatiliti yang baik dan arah aliran, yang disahkan oleh garis arah aliran atau saluran aliran.

6) Jika dua tahap terletak terlalu dekat antara satu sama lain (dari 5 hingga 15 mata), maka ia harus dianggap sebagai kawasan sokongan atau rintangan.

Pada carta:

Tahap Sokongan dan Rintangan ialah Tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan Take Profit berhampiran tahap ini.

Garis merah ialah saluran atau garis arah aliran yang memaparkan arah aliran semasa dan menunjukkan arah mana lebih baik untuk berdagang sekarang.

Indikatior MACD (14,22,3) terdiri daripada histogram dan garis isyarat. Apabila mereka menyilangi, ini adalah isyarat untuk memasuki pasaran. Adalah disarankan untuk menggunakan indiaktor ini dalam gabungan dengan garis arah aliran (saluran dan garis arah aliran).

Ucapan dan laporan penting (sentiasa terkandung dalam kalendar berita) boleh mempengaruhi pergerakan pasangan mata wang. Oleh itu, semasa penerbitan laporan, adalah disarankan untuk berdagang dengan lebih berhati-hati atau keluar dari pasaran untuk mengelakkan pembalikan harga yang mendadak terhadap pergerakan sebelumnya.

Pedagang baru Forex perlu memahami dengan lebih jelas bahawa tidak setiap dagangan harus menguntungkan. Pembangunan strategi yang jelas dan pengurusan wang adalah kunci kejayaan dalam perdagangan dalam jangka masa yang panjang.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan