Menganalisis dagangan hari Rabu:
Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 30 Minit
Pasangan mata wang GBP/USD juga melengkapkan aliran menaiknya pada hari Rabu. Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, terdapat "perubahan" pada carta yang lebih besar, oleh yang demikian, pada carta yang lebih kecil kita hanya melihat arah aliran jangka pendek. Pada Rabu, pasangan mata wang ini dilihat telah mengukuh di bawah garis aliran menaik, jadi aliran menurun baharu telah terbentuk pada masa ini. Sebab mengapa pound jatuh, kemungkinan besar, adalah sama seperti untuk euro. Masalah bank Swiss Credit Suisse tidak mempunyai kaitan langsung dengan UK dan pound, tetapi secara tidak langsung euro boleh menarik mata wang British turun dengannya. Di samping itu, pusingan baharu pergerakan menurun dijangka, dan kami menerima isyarat teknikal dalam bentuk mengatasi garis arah aliran. Kini pound berkemungkinan akan kembali diniagakan kepada tahap 1.1841, yang akan meninggalkannya di dalam saluran mendatar pada carta Harian. Pada pertengahan penggal, saya masih menjangkakan mata wang British akan jatuh kerana tidak ada sebab yang serius untuk ia meningkat.
Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 5 Minit
Bercakap tentang isyarat dagangan, semuanya tidak mudah. Pada sebelah malam, terdapat isyarat jual sekitar tahap 1.2171-1.2179, dan dengan pembukaan sesi dagangan Eropah adalah agak mungkin untuk membuka pesanan jual, kerana pasangan mata wang itu bergerak menjauhi titik di mana isyarat terbentuk. Tetapi tahap sasaran terdekat 1.2143 adalah sangat hampir, jadi terdapat risiko besar untuk trend mendatar baru. Dan apabila pasangan mata wang ini menembusi tahap 1.2143, adalah mungkin untuk peniaga membuka pesanan jual. Malangnya, "menari dan menyanyi" bermula di kawasan 1.2065-1.2079 dan terdapat isyarat palsu. Oleh itu, pedagang baru boleh menutup pesanan jual, setelah memperoleh kira-kira 40 pip. Isyarat beli mengakibatkan kerugian. Isyarat untuk kemasukan pesanan jual baharu untuk menembusi tahap 1.2065-1.2079 ternyata menguntungkan selepas harga jatuh kepada tahap 1.2008 menjelang dagangan sesi petang. Secara umumnya, hari semalam adalah tidak buruk, dari segi keuntungan.
Tip dagangan pada Khamis:
Berdasarkan kepada carta 30 minit, pasangan mata wang GBP/USD dilihat telah pun menamatkan satu lagi aliran menaik, jadi ia cenderung untuk diniagakan lemah pada hari-hari akan datang. Mesyuarat Rizab Persekutuan dan Bank England akan diadakan minggu depan, jadi tiada apa yang harus menghalang pound daripada jatuh dalam dua hari terakhir dalam minggu ini. Pada carta 5 minit, adalah disyorkan untuk berdagang pada tahap berikut; 1.1793, 1.1863-1.1877, 1.1924, 1.1992-1.2008, 1.2065-1.2079, 1.2143, 1.2171-1.1877, 1.1924, 1.1992-1.2008, 1.2065-1.2079, 1.2143, 1.2171-1.3.2178. Sebaik sahaja harga melepasi 20 pip ke arah yang betul, anda harus menetapkan pesanan Stop Loss kepada iitk modal. Pada hari Khamis, tiada laporan menarik dijadualkan di UK, manakala di AS, hanya beberapa laporan kecil yang akan dikeluarkan. Namun begitu, kami tidak menjangkakan pound akan kekal berada di satu tempat sepanjang hari. Latar belakang fundamental umum terlalu kuat untuknya sekarang.
Tip dagangan pada Khamis:
1) Kekuatan isyarat ditentukan oleh masa yang diambil oleh isyarat untuk terbentuk (lantunan atau penembusan tahap). Lebih cepat ia terbentuk, lebih kuat isyaratnya.
2) Jika dua atau lebih pesanan dibuka berhampiran tahap tertentu berdasarkan isyarat palsu (yang tidak menembusi Take Profit atau menguji tahap sasaran terdekat), maka semua isyarat berikutnya pada tahap ini harus diabaikan.
3) Apabila berdagang dalam aliran mendatar, pasangan mata wang ini boleh membentuk beberapa isyarat palsu atau tidak membentuknya sama sekali. Walau apa pun, adalah lebih baik untuk berhenti berdagang pada isyarat pertama pergerakan mendatar.
4) Dagangan harus dibuka dalam tempoh antara permulaan sesi Eropah dan pertengahan waktu dagangan AS apabila semua pesanan mesti ditutup secara manual.
5) Anda boleh berdagang menggunakan isyarat daripada indikator MACD pada carta 30 minit hanya di tengah-tengah volatiliti pasaran yang kuat dan arah aliran yang jelas yang harus disahkan oleh garis arah aliran atau saluran aliran.
6) Jika dua tahap terletak terlalu dekat antara satu sama lain (dari 5 hingga 15 pip), ia harus dianggap sebagai tahap sokongan dan rintangan.
Pada carta:
Tahap Sokongan dan Rintangan ialah Tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan Take Profit berhampiran tahap ini.
Garis merah ialah saluran atau garis arah aliran yang memaparkan arah aliran semasa dan menunjukkan arah mana lebih baik untuk berdagang sekarang.
Indikatior MACD (14,22,3) terdiri daripada histogram dan garis isyarat. Apabila mereka menyilangi, ini adalah isyarat untuk memasuki pasaran. Adalah disarankan untuk menggunakan indiaktor ini dalam gabungan dengan garis arah aliran (saluran dan garis arah aliran).
Ucapan dan laporan penting (sentiasa terkandung dalam kalendar berita) boleh mempengaruhi pergerakan pasangan mata wang. Oleh itu, semasa penerbitan laporan, adalah disarankan untuk berdagang dengan lebih berhati-hati atau keluar dari pasaran untuk mengelakkan pembalikan harga yang mendadak terhadap pergerakan sebelumnya.
Pedagang baru Forex perlu memahami dengan lebih jelas bahawa tidak setiap dagangan harus menguntungkan. Pembangunan strategi yang jelas dan pengurusan wang adalah kunci kejayaan dalam perdagangan dalam jangka masa yang panjang.